Tunang, tunggu dulu

Harian Metro - - Tengah -

Kuala Lumpur: Pelakon kacukan Melayu-Switzerlan­d, Dini Azan Schatzmann mendedahka­n belum ada sebarang perancanga­n untuk mengikat tali pertunanga­n dengan kekasihnya, Janna Nick kerana hubungan mereka masih berada pada peringkat awal.

Dini ketika dihubungi berkata, dia bagaimanap­un sudah beberapa kali membawa pelakon wanita itu berjumpa ibunya.

“Ya, sudah beberapa kali saya bawa dia berjumpa dengan ibu. Bagaimanap­un, tidak ada perancanga­n untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam masa terdekat. Apa pun, kalau ada berita baik, kami akan kongsikan.

“Hubungan kami mulai serius sejak Jun tahun lalu. Saya tidak ada masalah untuk berkongsi cerita peribadi, tetapi perlu letakkan batas juga kerana enggan kisah ini lebih menonjol berbanding kerjaya,” katanya.

Dini mengakui keperibadi­an Janna memikul tanggungja­wab menjaga keluargany­a antara daya tarikan yang membuatkan dia jatuh cinta terhadap wanita itu.

“Dia mula menjaga keluargany­a sejak usianya masih muda. Tanggungja­wab yang dipikul itu sangat besar dan berat, tetapi dia dapat laksanakan dengan baik. Saya kagum dengan perkara itu.

“Selain itu, Janna juga seorang yang lembut dan ambil berat. Ia membuatkan saya selesa setiap kali meluangkan masa bersamanya,” katanya.

Perkenalan Dini dengan Janna bermula tahun lalu ketika menjayakan drama Bukan Cinta Aku. Hubungan mereka semakin rapat apabila Dini menjadi jurulatih kecergasan untuk Janna.

DINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.