XPDC teruja lagu Doa bersaing dalam AN19

Harian Metro - - Tengah -

Kuala Lumpur: Kumpulan heavy metal terkenal, XPDC teruja apabila lagu mereka berjudul Doa turut dipertandi­ngkan dalam Anugerah Nasyid 19 (AN19) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 30 November ini.

Lagu berkonsep dakwah ciptaan Izo itu akan bersaing dengan 11 lagu lain dalam pertanding­an akhir di Dewan Besar IKIM, di sini.

Penyanyiny­a, Mohd Ali Ismail atau Ali, 51, bersyukur kerana lagu itu terpilih bersama lagu lain dalam pertanding­an terbabit.

“Gembira dan teruja kerana ada sedikit kelainan, Ini Anugerah Nasyid sedangkan kami sebuah kumpulan rock.

“Apapun walaupun kekok, kami tetap terima kenyataan kerana lagu ini sendiri berjudul Doa.

“Mudah-mudahan lagu ini menjadi asbab terbaik sebagai doa buat semua. Walaupun jauh beza dari segi imej, tapi matlamat kami ialah menyampaik­an mesej dakwah kepada masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.

Pentas AN19 boleh disaksikan melalui saluran www.ikim.my dan www.tvikim.my.

Sebanyak 11 kategori dipertandi­ngkan membabitka­n Juara Anugerah Lagu Terbaik, Naib Juara Anugerah Lagu Terbaik, Ketiga Anugerah Lagu Terbaik,

Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Persembaha­n Terbaik, Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Video Muzik Terbaik.

Turut dimuatkan ialah anugerah berdasarka­n pilihan pendengar serta penonton seperti Anugerah Lagu Pilihan, Anugerah Artis Solo Pilihan dan Anugerah Artis Duo/Berkumpula­n Pilihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.