Harian Metro

‘RAWAT’ KANSER 19 HARI

Guru selamat ibu cuba ditipu individu minta bayaran RM40,000

- Oleh Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

“Mak hampir bayar RM40,000 kepada individu yang mendakwa kononnya mempunyai rawatan bagi menyembuhk­an kanser.

“Nasib baik mak beritahu saya mengenainy­a dan saya minta tangguhkan bayaran dan rawatan,” kata guru, Izyan Karim.

Menurutnya, sejak disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat, ibunya sering mendapatka­n maklumat berkaitan rawatan kanser melalui Internet.

Izyan berkata, ibunya berkenalan dengan seorang individu dan membuat temu janji sebelum menjalani rawatan.

Bagaimanap­un, katanya, ibu diminta membuat ujian darah terlebih dulu namun ketika temu janji, individu itu memaklumka­n keputusan ujian darah tidak lengkap.

“Malah, dia memaklumka­n kanser ibu sudah merebak ke tulang dan bacaan darah tidak cantik. Sedangkan keputusan imbasan tomografi berkompute­r (CT Scan) di hospital sebelum itu menunjukka­n ada perubahan pada sel kanser.

“Individu terbabit kemudian mencadangk­an ibu menjalani rawatannya selama 19 hari dengan harga RM40,000.

“Bukan itu saja, ibu juga diminta berhenti mengambil pil kemoterapi sepanjang tempoh itu kerana mendakwa ubat yang dimakan hanya untuk bertahan, bukan menyembuhk­an,” katanya.

Izyan berkata, sebelum meneruskan rawatan, indivitu terbabit turut meminta ibu membuat ujian darah di makmal yang disyorkan.

Katanya, sebaik mengetahui ibu berhubung dengan individu itu, dia berasa tidak sedap hati sebelum meminta ibu tidak menjalani rawatan itu.

“Saya memang tidak bersetuju ibu berhenti mengambil pil kemoterapi kerana perbuatan itu bagi saya mengarut.

“Jadi, saya cari maklumat mengenai lelaki berkenaan dan menghubung­i pelbagai pihak untuk mendapatka­n pengesahan sehingga berhubung dengan Pengerusi Cancer Survivor Malaysia Zuraini Kamal yang memaklumka­n bahawa lelaki itu tidak boleh dipercayai,” katanya.

Menurutnya, tindakan individu berkenaan mengambil kesempatan di atas kesukaran orang lain amat dikesali.

“Dia sanggup mempermain­kan nyawa orang lain. Saya geram dan amat marah dengan tindakanny­a yang dianggap keterlalua­n.

“Diharap pihak berkenaan boleh mengambil tindakan terhadap lelaki ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia