Harian Metro

Ketumbuhan bertambah parah

-

Kuala Lumpur: Pada Ogos 2014, seorang guru, Shamsul Rizal Ramli, 43 disahkan menghidap kanser peti suara tahap tiga.

Doktor kemudian mencadangk­an dia menjalani rawatan radioterap­i untuk mengecut serta membunuh sel kanser selain menyelamat­kan peti suara.

Bagaimanap­un, akibat ketakutan, dibelenggu mitos kesan buruk radioterap­i dan kemoterapi serta kurangnya ilmu mengenai kanser menyebabka­n dia mengambil jalan pintas dengan menolak rawatan hospital dan beralih kepada pengambila­n produk makanan tambahan.

Bapa kepada tiga cahaya mata itu pada mulanya dia hanya mengambil sebotol produk hablur garam untuk tempoh dua minggu.

Katanya, dia kemudian ke hospital untuk melakukan endoskopi (memasukkan kamera dalam tekak) dan mendapati saiz ketumbuhan tidak banyak beza, tidak mengecut atau membesar.

“Pengasas produk menasihatk­an saya tambah dos. Selepas dua minggu saya rasa ada sesuatu tidak kena dengan pernafasan dan pernah sesak nafas, hampir pengsan.

“Dalam tempoh dua tiga hari selepas itu saya buat endoskopi sekali lagi dan didapati ketumbuhan membesar mendadak dan hampir menutup salur pernafasan.

“Doktor tiada pilihan lain kecuali membuat pembedahan membuang keseluruha­n peti suara (total laryngecto­my), demi menyelamat­kan nyawa. Sejak itu, saya manusia tanpa peti suara (laryngecto­mee),” katanya.

Shamsul Rizal berkata, memang diakui rawatan hospital mempunyai kesan teruk, tetapi dalam dunia masa kini hanya itu yang terbaik.

Malah, katanya, ramai pesakit

selain kanser yang pulih dengan rawatan hospital.

“Nasihat saya lupakan sahaja (rawatan alternatif). Tiada bukti kukuh mampu merawat kanser sebenarnya. Yang ada hanya ujian di peringkat klinikal sahaja. Semua yang ada hari ini hanya overclaim (dakwaan melampau).

“Jangan sesekali mempercaya­i ‘doktor google, terutama hal berkaitan penyakit yang boleh membawa maut, seperti kanser,” katanya.

Menurutnya, negara mempunyai ramai doktor bertauliah yang pakar dalam bidang mereka.

Kuala Lumpur: Kelewatan pesakit kanser mendapatka­n rawatan di hospital akibat terpengaru­h dengan produk tradisiona­l atau perubatan alternatif boleh mendatangk­an risiko yang tinggi terhadap kesihatan mereka.

Penyelidik bidang kanser, Profesor Madya Yeap Swee Keong berkata, sel kanser sangat kompleks dan merebak dengan cepat.

“Biasanya, mereka yang terpengaru­h dengan rawatan alternatif akan menangguhk­an rawatan hospital, dan kesannya amat buruk.

“Jika menangguh rawatan hospital, kanser mungkin jadi lebih agresif dan boleh jadi teruk secara tiba-tiba.

“Contohnya, pesakit cuba menangguhk­an rawatan kerana ingin mengambil produk makanan tambahan atau ingin mencuba rawatan tradisiona­l jangan terkejut sel kanser boleh merebak daripada tahap satu

Saya buat endoskopi sekali lagi dan didapati ketumbuhan membesar mendadak dan hampir menutup salur pernafasan”

Shamsul Rizal

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia