Risiko tinggi tangguh rawatan hospital

Harian Metro - - Tengah -

atau dua kepada tahap tiga atau empat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini.

Yeap yang juga pensyarah di Xiamen University Malaysia berkata, kanser juga satu penyakit yang kompleks.

Sehubungan itu, beliau berkata, individu disahkan menghidap kanser perlu mendapatka­n rawatan di hospital secepat mungkin bagi mengelakka­n risiko lebih tinggi.

“Satu cabaran ketika berdepan pesakit kanser adalah keadaan mental dan emosi yang lemah. Mungkin disebabkan itu mereka mudah terpengaru­h dengan pelbagai produk makanan tambahan atau rawatan alternatif ditawarkan pelbagai pihak.

“Apa yang penting kena dapatkan nasihat profesiona­l daripada pakar onkologi atau pakar bedah kerana mereka ada banyak pengalaman. Jika mendapat rawatan sewajarnya di hospital, peluang untuk pulih sepenuhnya tinggi dan peratusan penyakit berulang juga rendah untuk pesakit kanser tahap awal,” katanya.

Yeap berkata, pesakit perlu elak mengambil produk makanan tambahan ketika menjalani rawatan di hospital kerana ia mungkin mengurangk­an keberkesan­an rawatan.

Katanya, jika pesakit ingin mencuba perubatan alternatif, ia mungkin boleh diambil selepas mereka menghabisk­an rawatan hospital atau disahkan bebas kanser untuk mengekalka­n kehidupan sihat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.