Harian Metro

Busana RM27 juta jadi tarikan

-

Shanghai: Busana bernilai RMB45 Juta (RM27 juta) menjadi antara tarikan di ruang astaka Malaysia pada pameran Ekspo Import Antarabang­sa China 2019 (CIIE) di sini yang berlangsun­g mulai 5 hingga 10 November.

Busana bertatahka­n permata dan berlian berkualiti tinggi dari Afrika itu mengambil masa selama 968 jam untuk disiapkan oleh pereka fesyen Malaysia Datuk Prof Jimmy Choo yang juga Pengarah Kreatif jenama pakaian, The

Atelier.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE), Sharimahto­n Mat Saleh berkata, rekaan gaun dari The Atelier itu diinspiras­ikan bersempena sambutan ulang tahun ke-45 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

“Ia bukan saja mencermink­an persahabat­an antara kedua-dua negara, tetapi juga menggambar­kan visi Malaysia-China yang ingin sentiasa berganding­an dalam mengukuhka­n hubungan masa depan melalui kerjasama ekonomi yang kukuh,” katanya pada pameran CIIE di sini, semalam.

The Atelier ditubuhkan pada 1986 di Kuala Lumpur sebelum mengembang­kan sayapnya ke Shanghai pada 2013.

Jenama itu sering menjadi pilihan golongan berpengaru­h serta artis terkenal di China.

Menurut Sharimahto­n, CIIE adalah platform terbaik bagi memperkena­lkan produk Malaysia selain produk makanan dan minuman.

“Industri makanan dan minuman Malaysia telah sinonim dengan rakyat China. Jadi, pada ekspo kali ini kita turut memperkena­lkan sektor industri kreatif dan teknologi.

“Kita mahu rakyat China tahu yang Malaysia juga mempunyai produk kreatif berkualiti yang dilihat mampu menembusi pasaran China,” katanya.

– Bernama

 ??  ?? SHARIMAHTO­N
SHARIMAHTO­N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia