Harian Metro

TAMBAH RUMAH MAMPU MILIK

Sabtu 09.11.2019 Inisiatif Projek Perumahan Mampu Milik Swasta beri peluang golongan B40, M40 miliki kediaman sendiri

- Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri dayana@hmetro.com.my

Lebih banyak rumah mampu milik berharga kurang RM300,000 bakal dibina mulai tahun depan dengan penyertaan pemaju persendiri­an.

Ia secara tidak langsung memberi lebih banyak pilihan khususnya kepada mereka yang tergolong di bawah kumpulan 40 peratus pendapatan terendah (B40), 40 peratus pendapatan sederhana (M40) dan belia untuk memiliki kediaman sendiri.

Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui inisiatif Projek Perumahan Mampu Milik Swasta menjangkak­an kumpulan kedua yang disertai 15 hingga 20 pemaju persendiri­an akan mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan pada Januari 2020.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, inisiatif berkenaan dilakukan bagi memastikan lebih banyak projek rumah mampu milik dapat dibangunka­n dengan kerjasama pemaju persendiri­an.

“Pemaju yang menyertai inisiatif ini mampu membangunk­an projek perumahan dengan kos lebih berkesan dan meminimumk­an keuntungan serta memenuhi syarat ditetapkan KPKT sebagaiman­a digariskan dalam Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.

“Malah, ada pemaju yang menawarkan unit kediaman sehingga 1,200 kaki persegi walaupun saiz minimum yang ditetapkan adalah 900 kaki persegi,” katanya pada majlis prapelanca­ran Projek Perumahan Mampu Milik Swasta di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara, Jayaselan K Navaratnam.

Majlis menyaksika­n 11 pemaju swasta dan satu anak syarikat kerajaan negeri menjadi kumpulan pertama yang menyertai Projek Perumahan Mampu Milik Swasta yang menawarkan 15 projek kediaman sekitar Kuala

Lumpur, Selangor, Sabah, Melaka dan Terengganu.

Semua unit kediaman yang ditawarkan berharga di bawah RM300,000 dengan kemudahan tiga bilik tidur selain lokasi strategik yang boleh diakses dengan pengangkut­an awam.

Zuraida berkata, walaupun projek ini dibangunka­n di atas tanah milik pemaju, namun kementeria­n turut menilai lokasi yang dicadangka­n sebelum memberi kelulusan.

“Kementeria­n perlu pastikan lokasi yang dipilih tidak terlalu jauh dari bandar, boleh diakses dengan pengangkut­an awam selain berdekatan dengan kemudahan awam seperti sekolah,” katanya.

Kita harap pelaburan pertama cecah dua angka

Gruzdev

 ??  ?? ZURAIDA (kanan) melawat gerai pameran perumahan di majlis prapelanca­ran Projek Perumahan Mampu Milik Swasta di Putrajaya.
ZURAIDA (kanan) melawat gerai pameran perumahan di majlis prapelanca­ran Projek Perumahan Mampu Milik Swasta di Putrajaya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia