BNM umum SRR turun 3 peratus

Harian Metro - - Bisnes -

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumka­n Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) akan diturunkan kepada 3.00 peratus daripada 3.50 peratus berkuat kuasa 16 November 2019.

Kali terakhir BNM menurunkan SRR adalah pada 2016, apabila nisbah diturunkan kepada 3.50 peratus daripada 4.00 peratus.

“Keputusan untuk mengurangk­an SRR diambil untuk memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik.

‘’Langkah ini akan terus menyokong pasaran kewangan domestik untuk berfungsi dengan cekap serta memudahkan pengurusan mudah tunai yang berkesan oleh institusi perbankan,” kata BNM dalam kenyataan di sini, semalam.

Bank pusat itu berkata, SRR adalah instrumen untuk menguruska­n mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) ialah satu-satunya penunjuk pendirian dasar monetari yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarka­n selepas mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari, katanya. – Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.