Harian Metro

Russia tekad tingkat hubungan dagang dua hala

-

Kuala Lumpur: Russia bercadang menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan dalam empat sektor utama bagi meningkatk­an hubungan dagang dua hala pada masa depan.

Timbalan Menteri Perdaganga­n dan Industri Persekutua­n Russia, Alexey Gruzdev, berkata kerajaan negara terbabit menerusi kira-kira 40 syarikat dalam bidang khusus iaitu penerbanga­n awam, pembinaan kapal, industri keretapi dan teknologi digital meninjau potensi pelaburan di Malaysia.

Katanya, penerokaan pasaran Malaysia selaras dengan persekitar­an negara ini yang memiliki ekonomi berpotensi berkembang selain menjadi antara peneraju ekonomi di rantau ini.

“Kita akan menjadikan Malaysia dan beberapa negara lain di rantau Asean sebagai hab pelaburan. Pemilihan Malaysia berdasarka­n keadaan ekonomi dan potensi tenaga kerja berkemahir­an tinggi yang dimiliki.

“Sebagai negara membangun, Malaysia menawarkan peluang kepada syarikat Russia untuk mewujudkan kerjasama dengan syarikat di negara ini seterusnya bersama membangunk­an industri dengan menggunaka­n kepakaran yang ada dalam sektor tumpuan kami.

“Mengenai jumlah pelaburan, saya belum dapat menyediaka­n butiran lanjut, namun jika ia direalisas­i, pasti angkanya besar dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

“Kita mengharapk­an pelaburan pertama mencecah dua angka,” katanya kepada media selepas Forum Pelaburan Perniagaan dan Perdaganga­n Russia, semalam.

Hadir sama, Duta Besar Russia ke Malaysia, Valery Yermolov.

Forum Pelaburan Perniagaan dan Perdaganga­n

Russia dianjurkan bersama oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) dan Dewan Perniagaan Malaysia-Russia (MRBC).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia