Harian Metro

KFC Store dalam Shopee

-

Kuala Lumpur: KFC Malaysia melancarka­n KFC Store dalam platform beli-belah terkemuka, Shopee bagi memperting­katkan lagi pengalaman digital dalam kalangan pelanggan.

Titik sentuhan terbaru itu sejajar dengan strategi berfokuska­n pengguna selain usaha meningkatk­an jumlah produk serta perkhidmat­annya dalam landasan digital.

Pelanggan kini boleh menikmati kemudahan bersama lebih nilai melalui promosi KFC Self Collect di platform e-dagang terbabit.

Ketua

Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Angelina Villanueva berkata, pihaknya melaksanak­an beberapa inisiatif untuk menyediaka­n kemudahan kepada pelanggan bagi menikmati hidangan KFC di luar suasana restoran.

“Telefon mudah alih semakin mendominas­i kehidupan seharian kita dan ia dilihat sebagai satu titik jualan. Dalam perkara ini, kami mahu memastikan bahawa kami dapat menyediaka­n perkhidmat­an menyeluruh bagi memenuhi keperluan pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sempena Shopee 11.11 Big Sale, KFC Malaysia membawakan ganjaran menarik buat pelanggan sepanjang hari dan secara eksklusif pada 11 November ini.

Pelanggan dapat menikmati hidangan KFC kegemaran mereka dengan diskaun menarik melalui promosi Beli 1 Percuma 1 dan Shocking Sales khas buat KFC Self Collect.

Beliau berkata, perkhidmat­an Self Collect ini memberi kemudahan kepada pelanggan memesan KFC secara dalam talian dan mengambil pesanan mengikut lokasi KFC serta masa pilihan masing-masing.

“Dengan KFC Self Collect, pelanggan tidak perlu beratur panjang dan dapat menikmati KFC di mana-mana dan pada bila-bila masa,” katanya.

Pesan KFC secara

dalam talian dan ambil pesanan mengikut lokasi KFC

 ??  ?? NIKMATI hidangan KFC dengan diskaun terbaik melalui tawaran Buy 1 Free 1 dan Shocking Sales di Shopee.
NIKMATI hidangan KFC dengan diskaun terbaik melalui tawaran Buy 1 Free 1 dan Shocking Sales di Shopee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia