Jalin usaha sama guna WeChat Pay

Harian Metro - - Bisnes -

Kuala Lumpur: Syarikat teknologi global, Tencent menjalin usaha sama strategik dengan lima firma kad kewangan antarabang­sa bagi menyokong pengguna luar negara untuk menggunaka­n WeChat Pay di China.

Tencent dalam kenyataan berkata, antara firma terbabit adalah Visa, MasterCard, American Express, Discover Global Network (termasuk Diners Club dan JCB) dengan bimbingan People’s Bank of China.

Menurut syarikat itu, kerjasama itu membolehka­n pengguna luar negara menghubung­kan kad kredit mereka dengan WeChat Pay dan menggunaka­nnya untuk transaksi pembayaran di China.

“Dengan kerjasama ini, pengguna di luar negara kini boleh menggunaka­n WeChat Pay merentasi pelbagai pembayaran seperti beli-belah, restoran, pengangkut­an dan penginapan.

“Sebagai contoh, pengguna dari luar negara boleh menggunaka­n aplikasi berkenaan bagi membeli tiket kereta api di China Railway, menggunaka­n khidmat e-hailing menerusi servis Didi dan membuat pembelian dalam talian di JD.com dan Ctrip,” katanya.

GAN Jay Syuen mengimbas kod QR pada telefon bimbit untuk membeli barang pada majlis pelancaran WeChat Pay.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.