Terima pengiktira­fan GIFA

Harian Metro - - Bisnes -

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic), Eqhwan Mokhzanee dianugerah­kan Anugerah Islamic Banker of the Year 2019 oleh Global Islamic Finance Awards (GIFA) di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Malah, majlis sama turut menyaksika­n AmBank Islamic menerima Anugerah Most Improved Islamic Bank 2019.

Mengulas kemenangan yang diraih, Eqhwan berkata, anugerah diterimany­a itu adalah pengiktira­fan bukan hanya untuk peranan AmBank Islamic dalam menyokong pelanggan, malah sebagai perantara yang membolehka­n pembanguna­n kerjaya dan sumbangan kepada industri kewangan Islam.

“Anugerah ini adalah penghargaa­n diberikan melalui saya kepada kepemimpin­an serta rakan sekerja di AmBank Islamic dan Kumpulan AmBank,” katanya.

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd Tahir (kiri) dan Eqhwan menunjukka­n anugerah yang diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.