Harian Metro

Tangan pelancong dalam perut jerung

-

Saint-Denis: Seorang pelancong Britain disahkan mati dibaham jerung selepas tangannya yang terputus ditemui dalam perut ikan sepanjang hampir tiga meter dalam kejadian di sebuah pusat peranginan lima bintang di Pulau Reunion pada Sabtu lalu.

Daily Mail melaporkan, sisa mayat Richard Martyn Turner, 44, itu dikenal pasti oleh isterinya, Verity Turner berdasarka­n cincin perkahwina­n yang dipakai pada jarinya.

Turner dikatakan berenang di lagun yang dianggap selamat dan menjadi tumpuan pelancong untuk melihat keindahan terumbu karang sebelum dilaporkan hilang.

Sehari selepas itu, empat jerung ditemui berenang di kawasan terbabit termasuk seekor yang dipercayai membahamny­a.

Pasangan yang berasal dari Edinburgh, Scotland itu menginap di Lux Réunion, Saint-Gilles untuk menyambut hari jadi Verity yang ke-40, namun berakhir tragedi malang.

Ujian DNA akan dilakukan untuk mengesahka­n identiti mangsa berdasarka­n cebisan mayat yang ditemui dalam perut jerung putih itu.

Namun, lebih penting lagi, hasil bedah siasat akan menentukan sama ada mangsa mati akibat dibaham jerung, lemas atau mengalami serangan jantung dan meninggal dunia sebelum diratah haiwan itu.

Jurucakap pasukan mencari dan menyelamat berkata, agak sukar untuk mengenal pasti punca kematian tanpa mayat lengkap namun kesan darah dan ujian DNA akan dilakukan.

“Kita tidak jelas sama ada dia diserang atau sudah mati ketika dibaham. Salah satu kemungkina­n dia tidak sihat ketika berada di dalam lagun dan diheret ke air dalam,” katanya. - Agensi

 ??  ?? JERUNG yang ditangkap dengan sisa mayat di dalam perutnya. - Agensi
JERUNG yang ditangkap dengan sisa mayat di dalam perutnya. - Agensi
 ??  ?? TURNER disahkan mati dibaham jerung.
TURNER disahkan mati dibaham jerung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia