Harian Metro

30 SAAT, 150 PELURU

Sabtu 09.11.2019 Pegawai polis terbabit penahanan anak Raja Dadah Mexico mati ditembak dalam serangan kejam

-

Seorang pegawai tinggi polis yang terbabit dalam operasi menangkap anak Raja Dadah Mexico, El Chapo, bulan lalu, maut ditembak sekurang-kurangnya 150 kali dalam keretanya.

Pegawai yang hanya dikenali sebagai Eduardo N, 32, ditembak ketika dalam kereta di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Culiacan, Sinaloa, di mana kartel pimpinan El Chapo berkuasa.

Serangan dipercayai hanya mengambil tidak sampai 30 saat, lapor Daily Mail.

El Chapo atau nama sebenarnya Joaquin Guzman, kini dipenjara di Amerika Syarikat selepas diekstradi­si ke negara itu tetapi anaknya masih mengetuai kumpulan berkenaan.

Pada 17 Oktober lalu, pertempura­n tercetus antara anggota kartel dengan pasukan keselamata­n di Culiacan selepas polis bersenjata menyerbu sebuah kediaman untuk menahan anak El Chapo, Ovidio Guzman Lopez yang turut membabitka­n Eduardo.

Pertempura­n empat jam meragut 13 nyawa termasuk orang awam menyebabka­n

Rakaman video keselamata­n menunjukka­n sebuah kereta merah mengekori kenderaan dipandu mangsa ke tempat letak kereta”

Daily Mail

operasi menangkap Lopez dibatalkan.

Susulan itu, semalam, rakaman video keselamata­n menunjukka­n sebuah kereta merah mengekori kenderaan dipandu mangsa ke tempat letak kereta itu, lapor Daily Mail.

Dua lelaki bersenjata­kan raifal separa automatik dilihat keluar dari kereta dan melepaskan sekurang-kurangnya 150 tembakan ke arah kereta mangsa.

Masih kurang jelas sama ada Eduardo bertugas ketika diserang semalam dan polis kini menyiasat sama ada pembunuhan itu dilakukan gengster.

 ??  ?? EDUARDO maut selepas ditembak 150 kali ketika dalam keretanya. - Agensi
EDUARDO maut selepas ditembak 150 kali ketika dalam keretanya. - Agensi
 ??  ?? POLIS memeriksa lokasi kejadian selepas dua lelaki menyerang Eduardo di parkir. - Agensi
POLIS memeriksa lokasi kejadian selepas dua lelaki menyerang Eduardo di parkir. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia