Mati direjam keluarga sendiri

Harian Metro - - Global -

New Delhi: Sepasang suami isteri berbeza kasta yang melarikan diri selepas berkahwin mati direjam abang dan bapa saudara wanita terbabit ketika pulang ke kampung untuk menziarah keluarga.

Polis berkata, pasangan berusia 29 tahun dari kampung sama itu melarikan diri selepas mengingkar­i perintah keluarga dan berkahwin tiga tahun lalu.

Mereka yang mempunyai dua anak berpindah ke Bengaluru dan beberapa bandar lain di rantau itu sepanjang tempoh berkenaan, tetapi bulan lalu pulang ke kampung untuk menziarah keluarga mereka, kata anggota polis Guru Shanth kepada AFP.

“Bagaimanap­un, penduduk kampung melihat mereka pada Rabu lalu dan memaklumka­n abang wanita terbabit yang terus mengumpulk­an orang ramai.

“Kumpulan berkenaan menyerang pasangan itu dengan batu menyebabka­n mereka direjam mati,” katanya.

Menurutnya, tiga suspek utama sudah dikenal pasti termasuk abang serta bapa saudara wanita terbabit.

Kejadian itu ‘pembunuhan kerana maruah’ terbaru yang masih berlaku di kawasan terpencil India.

Ia dianggap hukuman lazimnya dilaksanak­an keluarga terdekat atau majlis penduduk kampung kononnya untuk melindungi maruah keluarga terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.