Harian Metro

RUAP KEMARAHAN

Pelajar koma selepas rusuhan hujung minggu lalu meninggal dunia di Hong Kong

- AFP

Seorang pelajar universiti mati akibat kecederaan di kepala dipercayai akibat terjatuh ketika rusuhan di Hong Kong pada hujung minggu lalu, menyemarak­kan lagi kemarahan penunjuk perasaan prodemokra­si selain kebimbanga­n rusuhan meningkat.

Alex Chow, 22, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pagi semalam selepas koma hampir seminggu apabila ditemui berlumuran darah dan tidak sedar diri di dalam tempat letak kereta bertingkat itu, Isnin lalu.

Dia pelajar pertama yang maut sejak bantahan antikeraja­an bermula di Hong Kong, lima bulan lalu.

Chow pelajar di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (HKUST). Dalam satu majlis konvokesye­n semalam institut pengajian tinggi itu turut menghentik­an seketika acara bagi mengumumka­n kematian Chow.

Pada akhir majlis, ratusan pelajar berhimpun mengecam kematianny­a kerana dianggap akibat keganasan polis.

Lewat Ahad lalu, polis menembak gas pemedih mata ke dalam tempat letak kereta di mana mayat Chow ditemui selepas penunjuk perasaan membaling objek dari bangunan berkenaan.

Penunjuk perasaan mendakwa Chow terpaksa memanjat ke atas belebas bagi mengelak terkena gas pemedih mata.

Namun, punca sebenar Chow terjatuh dari bangunan itu masih kurang jelas.

Susulan kematian pelajar itu, penunjuk perasaan akan mengadakan perhimpuna­n memperinga­tinya pada lewat Jumaat di sekitar Hong Kong, selain bantahan lanjut dijalankan pada hujung minggu ini.

Sumber memberitah­u AFP, doktor melakukan dua pembedahan bagi mengurangk­an bengkak dalam otak pelajar itu.

Polis berulang kali menafikan semua dakwaan menyebabka­n kematian Chow. Pegawai yang mengendali­kan kes itu, Superinten­dan Ewing Wu berkata: “Dakwaan bahawa polis mengejar si mati atau menolaknya menyebabka­nnya jatuh tidak benar. Itu tidak berlaku.”

Wu menafikan dakwaan bahawa polis menghalang paramedik sampai ke tempat kejadian untuk membantu mangsa.

Polis bagaimanap­un mengesahka­n gas pemedih mata digunakan untuk menyuraika­n penunjuk perasaan berhampira­n lokasi mayat Chow ditemui.

Wu nafi dakwaan bahawa polis halang paramedik sampai ke tempat kejadian

 ??  ?? PELAJAR HKUST berarak ke kediaman presiden universiti susulan pengumuman kematian Chow.
PELAJAR HKUST berarak ke kediaman presiden universiti susulan pengumuman kematian Chow.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia