Penggal isteri, letak kepala di riba

Harian Metro - - Global -

New York: Seorang wanita dipenggal kepala manakala leher anak perempuann­ya dikelar sehingga hampir putus selepas cuba berpisah dengan suami sebelum lelaki itu menggantun­g diri di rumah mereka di Manhattan, New York.

Daily Mail melaporkan, kejadian berlaku hanya beberapa jam selepas Jennifer Schlecht, 42, cuba mendapatka­n perintah perlindung­an terhadap suami, Yonathan Tedla, 46, ketika pasangan itu melalui proses perceraian.

Adik Jennifer menghubung­i polis meminta mereka memeriksa kediaman berkenaan selepas gagal menghubung­inya.

Polis yang tiba di situ pada jam 9.18 malam menemui mayat tiga sekeluarga itu.

Mayat Tedla ditemui di dalam bilik tidur manakala Jennifer di bilik air dan anak mereka yang berusia lima tahun di bilik lain, kata polis dalam kenyataann­ya.

New York Daily News memetik sumber berkata, mayat Jennifer ditemui dipenggal dengan kepalanya diletakkan atas ribanya.

Sementara itu, bapa Jennifer, Kenneth Schlecht, 74, mendakwa menantunya mengugut anaknya selepas wanita itu menyatakan ingin berpisah.

Katanya, ketika perbualan terakhir dengan Jennifer, wanita itu berkata, mahu mendapat perintah perlindung­an di mahkamah pada Selasa lalu. Bagaimanap­un, mahkamah ditutup kerana pilihan raya tempatan. - Agensi

TEDLA memenggal kepala isteri dan mengelar leher anaknya sebelum membunuh diri di rumah mereka. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.