Dijel dadah dalam tapak kasut

Harian Metro - - Global -

Beijing: Seorang bekas ahli politik Jepun dipenjara seumur hidup kerana cuba menyeludup dadah keluar dari China dalam tapak kasut ‘platform’ dibawanya dalam beg.

Takuma Sakuragi, 76, ditangkap di lapangan terbang di Guangzhou pada 2013 dengan 3.29 kilogram methamphet­amine yang disorokkan dalam pemegang bagasinya, selain tapak kaki kasut platform wanita di dalam beg berkenaan.

Bekas anggota majlis perbandara­n Aichi di Jepun itu ditangkap ketika penerbanga­n pulang dari Guangzhou melalui Shanghai.

Dalam perbicaraa­nnya, Sakuragi mendakwa diminta membawa beg itu ke Jepun oleh seorang rakan dari Nigeria dan tidak mengetahui ia mengandung­i methamphet­amine, lapor Kyodo News.

Dua lagi tertuduh, rakyat Mali, Aly Yattabare serta Mohamed Soumah dari Guinea ditahan beberapa minggu kemudian dan dipercayai memasukkan dadah itu ke dalam beg berkenaan.

Lapan belas gram methamphet­amine turut ditemui di kediaman dua lelaki itu.

Sakuragi dilaporkan pergi ke China untuk urusan perniagaan peribadi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.