FILEM SERAM TERBAIK HOLLYWOOD

Harian Metro - - Rapxtra -

READY OR NOT

Filem arahan Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett ini mengangkat cerita mengenai perkahwina­n Grace (lakonan Samara Weaving) dengan Alex Le Domas (Mark O’ Brien) daripada keturunan keluarga Le Domas yang kaya dan terkenal dengan perniagaan ‘boardgame’ mereka.

Grace juga perlu mengikuti tradisi sebagai anggota keluarga baharu dia perlu menyertai satu permainan membabitka­n pembunuhan sadis terlebih dulu.

Mengikut tradisi, jika pengantin perempuan tidak berjaya dibunuh dipercayai sesuatu yang buruk akan menimpa keluarga itu.

Filem ini turut menampilka­n lakonan Henry Czerny, Andie MacDowell dan Adam Brody.

THE PRODIGY

Bimbang dengan keadaan anak lelakinya yang berkelakua­n pelik, seorang ibu yang berasakan ia ada kaitan dengan perkara ghaib terus membawa anaknya itu berjumpa pakar terapi.

Filem seram arahan Nicholas Mc Carthy ini menampilka­n pelakon seperti Taylor

Schilling, Jackson Robert Scott dan Peter Mooney.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.