Harian Metro

KISAH BENAR PERANG AS-JEPUN

Cabaran besar pengarah ialah wujudkan set dan situasi peperangan di Lautan Pasifik dalam filem Midway

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Bagi peminat filem perang, kehadiran Midway yang mula ditayangka­n kelmarin tentu menjadi filem yang dinantinan­tikan.

Membariska­n nama besar seperti Ed Skrein, Patrick Wilson, Luke Evans, Aaron Eckhart, Nick Jonas, Mandy

Moore, Dennis Quaid dan Woody Harrelson, filem ini dikuatkan dengan sentuhan pengarah berkaliber, Roland Emmerich.

Secara ringkasnya, Midway berdasarka­n kisah benar pertempura­n antara tentera Amerika Syarikat (AS) dan Jepun di Lautan Pasifik ketika Perang Dunia Kedua yang dikenali sebagai Battle of Midway.

Ia berlaku antara 4 dan 7 Jun 1942, kira-kira enam bulan selepas Jepun menyerang Pearl Harbor di Hawaii, Amerika Syarikat.

Ed Skrein yang dikenali menerusi filem Maleficent: Mistress of Evil dan Alita: Battle Angel membawa watak utama sebagai Richard ‘Dick’ Best.

Roland dalam satu temu bual bersama media antarabang­sa berkata, tentera laut bukan sekadar tentera semata-mata.

“Tentera laut adalah keluarga besar dan saya ingin menunjukka­n nilai itu dalam filem ini,” katanya.

Menurutnya, generasi yang membesar dan hidup ketika era Perang Dunia Kedua adalah generasi istimewa.

“Saya nak pastikan perjuangan mereka sebagai perwira tidak akan dilupakan,” katanya.

Dalam pada itu, cabaran besar buat Roland ialah untuk mewujudkan set dan situasi peperangan itu ke dalam filem.

“Tidak ada lagi kapal Perang Dunia Kedua yang masih wujud pada hari ini dan sukar untuk kami mencari pesawat tempur pada era itu. Jadi, kami banyak mendapat bantuan daripada tentera laut,” katanya.

Apa yang pasti, filem ini akan membuka mata banyak pihak untuk kembali mengenali sejarah Perang Dunia Kedua.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BABAK menyayat hati dalam filem Midway.
BABAK menyayat hati dalam filem Midway.
 ??  ?? ROLAND (tengah) memberikan arahan kepada pelakon.
ROLAND (tengah) memberikan arahan kepada pelakon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia