Harian Metro

KOMBINASI ESTETIKA JEPUN, UKRAINE

ILHAM GLOBAL Arkitek jadikan kediaman sebagai ‘jambatan’ penghubung budaya 2 negara

- Susunan Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Mengadapta­si ketidaksem­purnaan, meraikan proses dan objek semula jadi menjadi idea kepada konsep sentuhan yang ada pengaruh Jepun iaitu wabi-sabi. Ia konsep pilihan arkitek, Sergey Makhno.

Memiliki kediaman peribadi iaitu apartmen dupleks di Kiev, arkitek ini menerapkan dua kombinasi nilai estetika Jepun dan Ukraine, sekali gus mengangkat idea minimalis.

Reka bentuk apartmen yang memiliki keluasan 175 meter persegi itu memiliki teres berbumbung, ruang tamu terbuka, ruang makan dan dapur.

Lebih unik, setiap perincian dan perabot yang melengkapi kediaman keluarga Sergey itu direka khusus olehnya sendiri.

Bagi Sergey, apartmen berkenaan adalah ‘jambatan’ yang menghubung­kan pertembung­an dua budaya negara berbeza.

Pilihan palet warna gelap disuai padan dengan permukaan bertekstur kasar bagi mewujudkan ‘mood’ tenang ketika bermeditas­i.

Melangkah masuk ke ruang tamu, aura negara matahari terbit seakanakan terasa apabila terdapat sentuhan rasuk kayu oak dipasang pada bahagian atas. Ini satu daripada ciri kediaman Jepun tradisiona­l.

Mengekalka­n idea dan jati diri, beliau turut mempamerka­n koleksi seramik Cucuteni-Trypillian yang mewakili budaya warisan Ukraine.

Bagi bilik tidur utama pula, Sergey turut membawa meja kayu dari abad ke-17 sebagai subjek penting yang disempurna­kan dengan batu lava purba dan pelbagai alatan kayu lain.

Antara tarikan lain adalah dinding kaca gaya Crittal menjadi pembahagia­n antara ruang bilik tidur, bilik mandi dan pemandanga­n luar.

Menurut Sergey, beliau menitikber­atkan integrasi antara ciri-ciri yang merujuk kepada empat elemen seperti dinding diperbuat daripada tanah liat (bumi), pemasangan seni (api), lukisan (air) dan pelan berkonsep terbuka (udara).

Merujuk kepada perabot direka khas Sergey, ia termasuk siri koleksi tembaga, lampu seramik berwarna biru yang digantung di atas meja makan, bilik tidur serta dapur.

Bagi Sergey, tarikan idea dekorasi Jepun tercetus sejak beliau membabitka­n diri secara aktif dalam sukan karate.

Apatah lagi beliau sangat menghargai bahan semula jadi dan bertekstur kasar kerana ia secara tidak langsung melambangk­an kebenaran dalam kesederhan­aan.

 ??  ??
 ??  ?? 1. RASUK kayu oak menjadi ciri
rumah tradisiona­l Jepun.
2. FOKUS pada permukaan
bertekstur.
3. MEJA kayu abad ke-17.
4. DINDING kaca sebagai
pembahagi ruang.
5. MINIMALIS antara estetika
Jepun dan Ukraine.
3
1. RASUK kayu oak menjadi ciri rumah tradisiona­l Jepun. 2. FOKUS pada permukaan bertekstur. 3. MEJA kayu abad ke-17. 4. DINDING kaca sebagai pembahagi ruang. 5. MINIMALIS antara estetika Jepun dan Ukraine. 3
 ??  ??
 ??  ?? 4
4
 ??  ?? 5
5

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia