Harian Metro

AKTIVITI EKSTREM LEGAKAN TEKANAN

Aimi Syazwani komited galak lebih ramai pendaki baharu sertai kursus mendaki diiktiraf

- Oleh Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Bertubuh kecil molek, namun semangat dan jiwanya sungguh besar. Memilih sukan lasak sebagai terapi menghilang­kan tekanan sejak lima tahun lalu menjadikan gadis manis ini individu yang sangat positif dalam menghadapi cabaran hidup.

Mengakui tekanan harian menjadi punca utama dirinya mencari sesuatu yang boleh membawa kepada kegembiraa­n sebelum mula memberanik­an diri mendekati aktiviti mendaki.

Sama seperti individu lain, anak kelahiran Ipoh, Aimi Syazwani Abdul Malek ini tidak terkecuali daripada perasaan gayat dan takut, namun kini boleh berbangga kerana dia pula yang membantu ramai belia lain untuk turut menceburi sukan lasak.

Pertemuan penulis dengan Aimi Syazwani ketika dia menjadi panel jemputan di Forum Kesihatan dan Kecerdasan anjuran Fakulti Farmasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, baru-baru ini sungguh mengujakan.

Mana tidaknya, personalit­i dirinya sangat positif, setiap tutur kata diungkap begitu menyenangk­an.

Membuka cerita mengenai minatnya itu, Aimi Syazwani berkata, dia mula berjinak-jinak dengan aktiviti lasak berkenaan lima tahun lalu yang didekati dengan perasaan gementar.

“Bohonglah jika saya katakan tidak ada rasa takut, ramai menasihati supaya jangan pandang ke bawah ketika mendaki. Namun saya pula berbeza, mesti mahu pandang ke bawah sambil memanjat untuk membiasaka­n diri dengan keadaan dan suasana sekitar.

“Apabila semakin mahir dalam sukan ini, saya tingkatkan cabaran dengan mendaki batu tembok yang saya anggap lebih teknikal dan ekstrem,” katanya.

Menurutnya, bermula daripada itu, dia yang mengakui tidak dapat lari mengalami tekanan kerana rutin harian yang padat semakin teruja untuk lebih aktif dalam aktiviti mendaki.

Baginya, cabaran, kesukaran dan halangan yang terpaksa ditempuh sepanjang pendakian membuatkan dia lupa kepada masalah. Malah ia juga melatih jiwanya untuk menjadi lebih kuat.

“Ramai menganggap belia kurang tertekan, namun hakikatnya tidak begitu. Disebabkan itu, bagi saya setiap orang perlu ada minat atau hobi yang dapat membantu melegakan tekanan.

“Saya bersyukur diperkenal­kan kepada sukan ini. Ramai yang bertanya, tidakkah saya takut jatuh atau mengalami kecederaan? Perasaan itu memang ada dan di sinilah seronoknya apabila menyertai apa-apa aktiviti kerana kita akan sentiasa belajar dan menambah ilmu. Dalam semua perkara pun, paling penting kita perlu berhati-hati. Rasa takut dan bimbang tidak sepatutnya menjadi halangan selagi tidak mencuba,” katanya.

Katanya, bagi memastikan minat diceburi itu tidak sia-sia selain mahukearah­yanglebih serius dengan sukan lasak diceburi, dia kemudian mengambil kursus mendaki demi keselamata­n diri di TACTeam.

“Kursus itu juga membolehka­n saya semakin mahir dan pada masa sama mampu menaikkan keyakinan diri sekali gus mengetahui teknik tepat untuk dipraktikk­an ketika mendaki.

“Tanpa disangka pembabitan dalam sukan ini menjadi permulaan untuk saya lebih serius dalam bidang ini dan kini diterima bekerja separuh masa sebagai penolong pengajar dalam sukan pendakian,” katanya.

KENALI KEUNIKAN SUKAN LASAK

Aimi Syazwani berkata, selain mendapatka­n kursus mendaki diiktiraf, dia juga menerima sijil kelayakan sebagaiten­agapengaja­r mahir di bawah South East Asia Climbing Federation (SEACF).

“Siapa sangka daripada suka-suka dan hanya mahumelega­kantekanan, kini sukan lasak menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Jika ditanya adakah saya seronok, tentunya sangat gembira terutama ketika berada di tempat tinggi kerana ketika itu hilang segalamasa­lahserta kekusutan buat sementara waktu.

“Saya menggalakk­an rakan untuk turut menceburi sukan ini, tidak kira lelaki mahupun wanita, semuanya boleh melakukann­ya asalkan ada keinginan. Paling penting cuba buang rasa takut,” katanya.

Katanya, dia juga sering menasihati individu yang berminat supaya berani mencuba kerana ramai yang pada awalnya fobia pada ketinggian akhirnya berubah kepada individu berani sekali gus membentuk personalit­i individu terbabit ke arah yang lebih positif.

“Daripada menghabisk­an masa hujung minggu dengan aktiviti tidak berfaedah, lebih baik habiskan masa dengan mendaki. Ia bukan saja boleh tambah kenalan dan hilangkan tekanan, tetapi dapat menjadikan lebih berani. Pada masa samakitaak­anbelajar menghargai alam dan meningkatk­an tahap kesihatan fizikal serta mental.

“Saya juga kini semakin aktif menyampaik­an ceramah mengenai sukan ini bagi menghapusk­an stigma masyarakat yang menyatakan aktiviti mendaki adalah berbahaya dan lebih sinonim dengan lelaki,” katanya.

Menurut Aimi Syazwani yang kini bekerja sebagai jurutera, dia juga komited untuk menggalakk­an lebih ramai pendaki baharu supaya menyertai kelas atau kursus mendaki yang diiktiraf.

“Saya sanggup korbankan masa terluang terutama pada hujung minggu untuk menyebarka­n pengetahua­n dan kemahiran ini kerana mahu lebih ramai belia memilih sukan ini untuk dijadikan hobi sekali gus menaikkan martabat pendaki muda di negara ini.

“Untuk mencapai impian itu, saya akan pastikan semua kerja hariansiap­sebelumjam­6 petang setiap hari untuk membolehka­n saya ke pusat kecergasan. Sangat penting untuk menjaga kesihatan dan kecergasan diri apabila anda berada dalam bidang ini,” ujarnya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Kimia & Proses (Kepujian) dari UiTM Shah Alam itu juga bersyukur kerana seluruh ahli keluargany­a menyokong minatnya itu walaupun sering bimbang dengan keselamata­n dirinya.

“Penting untuk golongan muda dapatkan restu dan keizinan keluarga terutama ibu dan ayah sebelum melakukan apa saja perkara. Begitu juga dengan saya, restu dan sokongan keluarga menjadi kekuatan diri.

“Saya sangat berharap semakin ramai golongan muda menceburi bidang ini yang akan membawa kita kepada gaya hidup sihat dan aktif. Ini sangat penting untuk membantu golongan muda terhindar daripada mengalami masalah kesihatan mental yang semakin banyak dilaporkan,” katanya.

Saya menggalakk­an rakan untuk turut menceburi sukan ini, tidak kira lelaki mahupun wanita, semuanya boleh melakukann­ya asalkan ada keinginan. Paling penting cuba buang rasa takut

AIMI SYAZWANI

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? AKTIF menyampaik­an ceramah mengenai aktiviti dilakukann­ya.
AKTIF menyampaik­an ceramah mengenai aktiviti dilakukann­ya.
 ??  ?? MENCEBURI aktiviti mendaki sejak lima tahun lalu.
MENCEBURI aktiviti mendaki sejak lima tahun lalu.
 ??  ?? TIDAK takut dengan ketinggian.
TIDAK takut dengan ketinggian.
 ??  ?? BERMULA sekadar suka-suka, kini sukan lasak ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupann­ya.
BERMULA sekadar suka-suka, kini sukan lasak ini sudah menjadi sebahagian daripada kehidupann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia