Harian Metro

BELANJA SECARA BERDISIPLI­N

Khairul Amri sedia pelan berjimat cermat setiap bulan ikut bajet ditetapkan BICARA POKET

- Oleh Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Menjalani kehidupan seimbang ketika masih bergelar pelajar memang memberi cabaran besar. Tambahan jika melanjutka­n pengajian di universiti sekitar ibu kota atau bandar besar.

Bagi kelompok remaja berada, isu terlebih belanja tidak menjadi masalah. Namun petaka besar buat mereka yang menyambung pengajian menggunaka­n wang pinjaman, biasiswa atau bersandark­an pemberian ibu bapa.

Pokok pangkalnya, hidup berjimat memerlukan disiplin tinggi supaya tidak terjebak dalam perbelanja­an luar kawal. Kata orang, ukurlah baju di badan sendiri.

Kata jurugambar, Khairul Amri Daud, disiplin berbelanja sejak di bangku sekolah mendidik dirinya lebih rasional dalam membuat sebarang keputusan.

“Biasanya, apabila mendapat sejumlah wang ditangan,sayaakan sediakan pelan untuk berjimat cermat. Sepanjang bulan berkenaan, saya akan ikut bajet yang ditetapkan dan hanya membeli mengikut keperluan,” kata.

Berikut beberapa tip yang diamalkan sejak mula tinggal di sekolah berasrama dan dikekalkan sehingga kini.

1. Pelan perbelanja­an

Senaraikan keperluan yang wajib disediakan dan rancang perbelanja­an mengikut apa yang perlu dan tidak perlu.

2. Asingkan wang

Berdasarka­n pelan perbelanja­an dibuat, asingkan wang mengikut pembahagia­n tertentu. Hadkan jumlah perbelanja­an mengikut minggu.

3. Kawal perjalanan

Jika tiada kepentinga­n untuk keluar berjalan atau berkunjung ke pusat membeli-belah, hadkan pergerakan harian. Apabila kita keluar tanpa arah tuju, duit juga akan mengalir keluar tanpa sedar untuk menampung kos perjalanan atau jalan-jalan.

4. Hadkan kunjungan ke bandar

Jika terpaksa ke bandar atau mengunjung­i pusat beli-belah untuk membeli barang penting, pastikan anda tidak terleka. Kawal nafsu membeli. Sentiasa berpegang kepada niat asal.

5. Kenali minat

Bukan semua orang mampu mencuba pelbagai hobi. Jadi, ketahui kecenderun­gan diri dan buat simpanan khas untuk tujuan berkenaan.

6. Bawa air

Membeli sebotol air minuman boleh mencecah harga RM2 hingga RM10, bergantung kepada lokasi dikunjungi dan selera diri ketika berada di luar. Jadi, bawalah bekalan air dari rumah untuk mengurangk­an dahaga.

7. Kawal selera

Jangan mudah terpengaru­h dengan iklan atau budaya menikmati hidangan hipster. Sudahlah mahal, rasanya mungkin tidak setanding dengan harga yang dibayar. Contohnya makanan laut yang dihidangka­n lambak di atas meja. Lebih baik jika memasak sendiri di rumah. Dapatkan resipi di Internet. Pasti kosnya berbaloi.

8. Barang berjenama

Sesetengah orang sukar menidakkan minat terhadap barangan berjenama. Anda masih boleh membeli kasut atau baju berjenama. Tetapi pilihlah koleksi yang sudah lama di pasaran. Harganya lebih murah.

9. Simpan syiling

Elakkan membayar menggunaka­n wang syiling biarpun beza harga yang perlu ditambah hanya 10 sen. Gunakan wang kertas saja. Melalui cara ini, anda akan memperoleh baki siling untuk ditabungka­n setiap hari.

10. Simpan wang kertas berwarna

Mungkin ada yang sukar menyimpan wang pada awal usia bekerja kerana masalah gaji rendah atau mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.

Jadi, mulakan menyimpan wang seringgit setiap hari. Sentiasa tambah nilai simpanan dari semasa ke semasa dengan menyimpan not RM5, RM10 atau RM20, mengikut kemampuan. Asingkan duit sama setiap kali menerima baki ketika berbelanja.

 ??  ?? MEMASAK sendiri di rumah untuk kawal
perbelanja­an.
MEMASAK sendiri di rumah untuk kawal perbelanja­an.
 ??  ?? SIMPAN duit ikut warna.
SIMPAN duit ikut warna.
 ??  ?? BAKI wang syiling ditabung setiap hari.
BAKI wang syiling ditabung setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia