Harian Metro

‘KEPALA ’AS

Woods ketuai cabaran berdepan pasukan Antarabang­sa pada Piala Presiden

- Reuters

Tiger Woods memilih dirinya sendiri sebagai salah seorang daripada empat kapten pasukan Amerika Syarikat (AS) yang akan beraksi pada Piala Presiden bulan depan menentang pasukan Antarabang­sa.

Juara 15 kali kejohanan utama itu turut menamakan Tony Finau, Patrick Reed dan Gary Woodland untuk kejohanan dua tahun sekali yang menyaksika­n pertembung­an jaguh menentang pemain dunia selain Eropah.

Woods bakal menjadi kapten yang turut beraksi sejak Hale Irwin mengetuai

AS menang 20-12 di Virginia pada 1994 dan yang terbaharu mengesahka­n kemampuann­ya dengan menjuarai Terbuka Zozo di

Jepun.

Kemenangan itu menyaksika­n dia menyamai pencapaian Sam Snead yang memegang rekod 82 kemenangan Jelajah PGA dan turut melonjakka­n keyakinann­ya selepas menjalani pembedahan lutut kiri dua bulan lalu.

“Jarak ‘fairway’ di Australia hampir sama

dengan Jepun, jadi berdasarka­n ketahanan tubuh saya dan reaksi di Jepun serta cara saya bermain, ia memberi saya lebih keyakinan,” katanya ketika sidang akhbar, semalam. “Ia akan menjadi sukar tetapi saya juga mempunyai tiga penolong yang hebat dengan Fred (Couples), Strick (Steve Stricker) dan Zach (Johnson), ia cukup membantu saya.

Woods meminggirk­an Rickie Fowler yang tidak beraksi sejak Kejohanan Jelajah di samping bekas pemain nombor satu dunia, Jordan Spieth yang turut tidak terpilih untuk kejohanan yang berlangsun­g pada 12-15 Disember depan susulan berdepan kemerosota­n prestasi.

Woods mempunyai rekod memberangs­angkan pada Piala Presiden dengan 24 kemenangan, 15 kali tewas dan mengenali Royal Melbourne dengan baik selepas beraksi di lapangan itu pada 1998 dan menjuarain­ya pada 2011.

Dengan menyenarai­kan tujuh daripada 10 pemain dalam kelompok teratas, Amerika

Syarikat pasukan pilihan meneruskan momentum kejuaraan yang diraih sejak 2005.

“Ya, di atas kertas memang kami berpeluang cerah berdasarka­n ranking pemain dan kami perlu keluar dan menjuarai piala ini,” kata Woods.

Jarak ‘fairway’ di Australia hampir sama dengan Jepun, jadi berdasarka­n ketahanan tubuh saya dan reaksi di Jepun serta cara saya bermain, ia memberi saya lebih keyakinan”

Tiger Woods

 ??  ?? STRICKER
JOHNSON
WOODS
STRICKER JOHNSON WOODS
 ??  ?? COUPLES
COUPLES
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia