Harian Metro

DEBARAN DUA SETERU

Citizens tagih ketajaman Sterling berdepan bekas majikan di Anfield

-

Persaingan Manchester City dan Liverpool sebagai dua kuasa utama dalam Liga Perdana Inggeris menyaksika­n setiap perlawanan akhir-akhir ini semakin mengujakan, termasuk pertembung­an terbaharu awal pagi Isnin.

Tiada pemain lebih teruja berbanding Raheem Sterling (gambar) yang akan kembali ke Anfield.

Sterling mencipta nama sebagai pemain remaja pada musim 2013-14 ketika persembaha­n turun naik menyaksika­n Liverpool gagal dalam usaha mereka menamatkan kemarau kejuaraan liga.

Dua tahun kemudian, dia meninggalk­an Anfield dalam suasana kurang senang ketika Liverpool bergelut di tengah padang selain pertikaian mengenai kontraknya.

Empat setengah tahun berlalu, tiada siapa meragui siapa yang lebih beruntung hasil perjanjian £50 juta (RM265 juta) yang membawanya ke City.

Sterling semakin menyinar di bawah kendalian Pep Guardiola, menjadi tonggak utama dalam dua kempen kejuaraan City sejak dua musim lalu, manakala penantian Liverpool bagi kejuaraan liga berlanjuta­n kepada 30 tahun.

Sterling pergi hanya tiga bulan sebelum Juergen Klopp tiba di Anfield untuk membentuk semula Reds selepas musim yang mana mereka berakhir di tangga keenam, 17 mata di belakang City.

Liverpool masih belum berjaya mengatasi juara Inggeris itu dalam empat musim kendalian Klopp namun jurang itu menjadi hanya satu mata ketika City mengetepik­an mereka musim lalu.

Namun Liverpool akan memulakan pertembung­an dua pasukan teratas Ahad ini dengan perbezaan enam mata di depan City dalam perebutan kejuaraan.

Bagi kelab dan negara, Sterling sudah menjaringk­an 18 gol dalam 20 penampilan, termasuk gol pertamanya menentang Liverpool ketika City menang Perisai Komuniti

Ogos lalu.

“Semua pujian buatnya,” kata

Guardiola selepas hatrik

Sterling menentang Atalanta dalam aksi

Liga Juara-Juara baru-baru ini.

“Fizikalnya menakjubka­n.

Dia tetap kuat sehari selepas perlawanan, dia boleh bermain satu perlawanan lagi. Dia boleh bermain di kedua-dua sayap, pantas, sering membantu kami ketika bertahan, jadi dia memang pemain luar biasa.”

Kehebatan

Sterling menjadi kunci jika City mahu menyekat momentum Liverpool dan mencetus kekalahan pertama liga di Anfield buat tuan rumah sejak April

2017.

Munich: Bayern Munich menolak permintaan Arsene Wenger untuk mengambil alih jawatan pengurus susulan pemecatan Niko Kovac, menurut juara Jerman itu semalam. “Arsene Wenger menghubung­i Karl-Heinz Rummenigge (pengerusi Bayern) petang Rabu lalu untuk memaklumka­n minatnya terhadap tugas itu,” menurut jurucakap Bayern kepada

SID.

“Bayern

menghargai

 ??  ?? MADDISON
WENGER
MADDISON WENGER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia