Southgate panggil Maddison

Harian Metro - - Arena -

London: Pemain tengah Leicester City, James Maddison disenaraik­an dalam skuad England kendalian Gareth Southgate semalam bagi aksi kelayakan Euro 2020 menentang Montenegro dan Kosovo di sebalik kontrovers­i dia mengunjung­i kasino ketika tugasan antarabang­sa sebelum ini. England melayan kunjungan Montenegro pada 14 November ini dan berdepan Kosovo di Pristina tiga hari kemudian.

Satu mata di Wembley menentang Montenegro bagi perlawanan antarabang­sa ke-1,000 pasukan lelaki sudah mencukupi untuk memastikan mereka layak ke pusingan akhir Euro 2020.

Maddison

menarik diri daripada skuad berdepan Republik Czech dan Bulgaria bulan lalu kerana kurang sihat, namun pemain berusia 22 tahun itu dilihat berada di kasino ketika kekalahan 1-2 di Prague.

Bos Leicester, Brendan Rodgers mempertaha­nkan pemainnya, manakala Southgate menyatakan Maddison patut menyedari tumpuan terhadapny­a kini lebih berbanding biasa.

“Tidak bagus buatnya (pergi ke kasino). Kini dia sedar sebagai pemain England ada profil berbeza,” kata Southgate.

“Setiap orang ada telefon kamera dan berpeluang membuat duit. Kami menyokongn­ya kerana kami memilihnya. Dia perlu tampil dalam skuad dan merebut tempatnya seperti setiap orang.”

Pertahanan John Stones sudah kembali, menggantik­an Michael Keane yang diketepika­n dan mungkin melakukan penampilan pertama bersama Engalnd sejak Liga Negara Eropah, Jun lalu. - AFP

Maddison kunjungi kasino ketika tugasan antarabang­sa sebelum ini

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.