SINGKIR JUARA DUNIA

Aaron, Wooi Yik pamer aksi bertenaga, mara separuh akhir Terbuka China

Harian Metro - - Arena - Oleh Azlan Muhammad Zain [email protected]

Rentak cemerlang beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berterusan apabila menumbangk­an juara dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan di pentas suku akhir Terbuka China di Fuzhou, semalam.

Walaupun terpaksa mengharung­i aksi tiga set untuk melepasi pusingan kedua semalam, mereka tidak berdepan masalah untuk meneruskan aksi konsisten apabila hanya memerlukan 25 minit untuk menang ke atas Ahsan-Hendra.

Aaron-Wooi Yik bermula cemerlang apabila memenangi set pertama 21-13 dengan lawan yang juga di ranking kedua dunia cuba mengheret permainan namun gagal apabila beregu negara turut menang 22-20 di set kedua.

Ia turut menamatkan badi kekalahan mereka dalam empat pertemuan menentang pasangan berpengala­man dari Indonesia itu yang muncul juara dunia pada Ogos lalu.

Jelas Aaron, kemenangan itu akan meningkatk­an keyakinan mereka untuk aksi separuh akhir apabila dijadual bertemu beregu keempat dunia dari Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda hari ini.

Turut melangkah ke separuh akhir adalah beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai yang berdepan tugas getir bertemu pilihan utama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

AARON (kanan) dan Wooi Yik tamat badi tewas dalam empat pertemuan dengan Ahsan-Hendra. JONATHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.