Shah Firdaus janji kayuhan positif

Harian Metro - - Arena -

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek, Shah Firdaus Sahrom mahu tampil lebih garang apabila pada siri kedua Piala Dunia di Glasgow, esok.

Dia menamatkan siri pertama Piala Dunia di Belarus dengan kecundang di pusingan kedua selain disingkirk­an pada separuh akhir acara keirin kerana melanggar peraturan.

“Saya masih melihat pencapaian di Belarus sebagai positif terutamany­a pecut individu. Saya menamatkan peringkat kelayakan di kedudukan ke-18 terbaik dengan masa 9.924 saat.

“Selepas menang pusingan pertama, saya bertemu pelumba Belanda (Jeffrey Hoogland) yang juga juara Eropah di pusingan kedua serta hampir menewaskan dia dengan perbezaan 0.008s.

“Jadi saya fikir dari segi perlumbaan, saya tiada masalah untuk bersaing dengan atlet Eropah,” jelasnya.

Tambah Shah Firdaus, dia mengharapk­an persembaha­n yang lebih baik di Glasgow terutamany­a dalam pecut individu kerana perlu menambah mata bagi tiket ke Olimpik Tokyo.

Malaysia berpeluang untuk meraih tiket individu ke Olimpik Tokyo menerusi pecut individu namun perlu menduduki tujuh tempat teratas selepas ditolak lapan negara yang mendapat tiket menerusi pecut berpasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.