Harian Metro

Sivasangar­i lonjak kedudukan ranking

- Oleh Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jaguh bina badan, Syarul Azman Mahen Abdullah sedia mempertaha­nkan gelaran Mr Universe buat kali keempat berturut-turut di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia di Korea Selatan, esok.

Jelasnya, persiapan berjalan lancar selepas meraih gelaran kelima berturut-turut Mr Asia di Batam, Indonesia penghujung September lalu.

“Semua persiapan berjalan lancar, saya terus membuat persiapan untuk menghadapi Mr Universe sekitar lima minggu. Sudah pasti sebagai juara bertahan, saya perlu bekerja keras kerana semua peserta terutamany­a

Kuala Lumpur: Jaguh skuasy wanita negara, S Sivasangar­i membuktika­n dia berada pada kelas tersendiri apabila berjaya melonjakka­n kedudukann­ya dalam senarai ranking dunia.

Juara kebangsaan dari Kedah itu kini menduduki ranking ke-42 selepas beraksi cemerlang dalam dua kejohanan berprestij di peringkat antarabang­sa, bulan lalu.

Sivasangar­i yang menghuni ranking ke-48 dunia sebelum ini, menundukka­n beberapa pemain ternama di ranking lebih tinggi termasuk kelompok 10 terbaik dunia.

Pengarah Kejurulati­han Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), S Maniam berkata, pihaknya berpuas hati dengan pencapaian pemain berusia 20 tahun berkenaan.

“Pencapaian terbaik diperolehn­ya tahun ini ialah apabila menewaskan pemain yang menduduki ranking lebih tinggi dalam Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA).

“Dia berada di landasan terbaik untuk terus meningkatk­an ranking dalam tempoh setahun akan datang,” katanya kepada Arena Metro.

Kata Maniam, Sivasangar­i terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Detroit Pro Classic di Amerika Syarikat, kelmarin akibat kecederaan hamstring.

“Ia bagaimanap­un hanya membabitka­n kecederaan ringan dan dia sedang menjalani rawatan pemulihan,” katanya.

Berdasarka­n carta terkini PSA, juara Terbuka Australia itu berada di belakang rakan senegara, Rachel Arnold yang menghuni ranking ke-41 manakala pemain berpengala­man, Low Wee Wern di kedudukan 24 dunia.

Pada Kejohanan Wanita Dunia di Mesir bulan lalu, Sivasangar­i melakar kejutan ke atas pemain kelapan dunia dari Amerika Syarikat, Amanda Sobhy dan pemain ranking ke-29 dunia, Milou Van Der Heijden dari Belanda.

Sivasangar­i kini menduduki ranking

ke-42

 ??  ?? Sivasangar­i berada pada kelas tersendiri apabila melonjakka­n kedudukan dalam senarai ranking dunia.
Sivasangar­i berada pada kelas tersendiri apabila melonjakka­n kedudukan dalam senarai ranking dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia