Cuba hadapi Thailand dahulu

Harian Metro - - Arena -

Kuala Lumpur: Kecemerlan­gan yang dipamer Luqman Hakim Shamsuddin sepanjang beraksi bersama skuad Bawah 18 tahun (B-18) negara bukan tiket untuk dia mendapat laluan mudah untuk bermain di dalam pasukan Bawah 23 tahun (B-23) ke kejohanan Sukan SEA Filipina. Walaupun Luqman berjaya memskuad bantu Malaysia menundukka­n tuan rumah 5-4 sebelum menang besar 11-0 ke atas Brunei dalam aksi kedua Kumpulan G Kelayakan Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-19, namun ia tidak cukup untuk memuaskan hati pengendali B-23, Datuk Ong Kim Swee.

Beliau berkata, ujian sebenar Luqman adalah menentang Thailand, esok dan menyeru barisan pemain B-18 untuk beraksi lebih cemerlang bagi membuktika­n kemampuan masing-masing.

“Kalau dilihat kepada dua perlawanan lalu, Luqman bermain dengan baik tapi harus diingatkan bahawa mereka menentang Kemboja dan Brunei saja. Saya boleh menilai prestasi pemain itu apabila bertemu Thailand,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan Skuad B-23 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebelum ini, Kim Swee menyenarai­kan lima pemain skuad B-18 bersama 28 pemain lain untuk menjalani latihan bagi persiapan menjelang Sukan SEA Filipina.

Antara pemain yang dipanggil adalah Luqman, Harith Haiqal Adam Afkar, Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan, Muhamad Mukhairi Ajmal Mahadi dan Muhammad Azam Azmi Murad.

Ketika ini, skuad B-18 mengharung­i saingan Kumpulan G Kelayakan Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-19 yang berlangsun­g di Phnom Penh, Kemboja.

Selain tiket selaku juara kumpulan menanti untuk ke Uzbekistan, empat pasukan terbaik di tangga kedua daripada 11 kumpulan turut layak tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.