PADU LAH LUQMAN!

Jaring tiga gol dalam tempoh dua minit 11 saat menentang Brunei boleh dianggap antara hatrik terpantas dunia

Harian Metro - - Arena - Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­[email protected]

Tiga gol dalam tempoh dua minit 11 saat yang dihasilkan penyerang skuad B-18 negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika membantu pasukannya membelasah Brunei 11-0 Selasa lalu boleh dianggap sebagai antara hatrik terpantas dunia.

Jaringan itu dilakukan Luqman pada aksi kedua Kumpulan G Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Phnom Penh, Kemboja dan andai pertanding­an itu diiktiraf Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), nama pemain kelahiran Kelantan itu pasti disenaraik­an dalam Buku Rekod Dunia.

Mengikut rekod dunia, jaringan hatrik paling pantas dipegang oleh Tommy Ross ketika berusia 18 tahun sewaktu mewakili pasukan Ross County menentang Nairn County pada 1964 dengan rekod 90 saat.

Manakala pemain Mesir, Abdul-Hamid Bassiouny pula memegang rekod hatrik terpantas di pertanding­an antarabang­sa dengan catatan satu minit 57 saat.

Pengurus skuad B-18, Datuk Kamarul Ariffin ketika dihubungi mengesahka­n Luqman menjaringk­an gol dalam tempoh berkenaan namun beliau tidak dapat memastikan ia adalah rekod dunia di pentas antarabang­sa.

“Saya memang sahkan Luqman jaringkan hatrik untuk tempoh dua minit 11 saat namun saya tidak pasti pula jika ia memecah rekod dunia.

“Perlu pastikan terlebih dulu berkaitan rekod berkenaan namun apa yang pasti memang penyerang terbabit mencatatka­n hatrik dengan pantas,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Pada perlawanan Selasa lalu, skuad kendalian Brad Maloney melakar kemenangan besar dengan menumpaska­n Brunei 11-0.

Penyerang prolifik negara, Luqman membuktika­n ketajamann­ya apabila menyumbat empat gol. Pesta gol negara dimulakan Azrin Afiq pada minit ke-17 sebelum Luqman

(m-21, 22, 24 dan 41),

Azam Azmi (m-31,

60), Aiman

Afif

(m-39,

85, 90) dan

Harith

Haiqal

(m-59).

Mengikut rekod dunia, jaringan hatrik paling pantas dipegang oleh Tommy Ross

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.