Harian Metro

Tajikistan bakal beri ujian berbeza: Cheng Hoe

-

Kuala Lumpur: Kekuatan dan kelemahan sebenar skuad Harimau Malaya akan diukur pada aksi persahabat­an antarabang­sa kelas ‘A’ menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini sebelum menempuh ranjau lebih sukar dalam aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Thailand di venue sama, Khamis depan.

Ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe berkata, pertemuan dengan Tajikistan yang berada di ranking 116 dunia bakal memberi ujian berbeza apabila menyifatka­n lawan memiliki keupayaan setanding skuad Thailand yang berada di tangga ke-109 dunia.

Jelas Cheng Hoe, beliau mahu pemain belajar sesuatu dalam aksi itu bagi memastikan misi untuk meraih kemenangan ke atas Thailand berjaya.

“Kita dapat satu aksi ujian di mana bertemu pasukan yang berada pada ranking di atas kita yang saya lihat sebagai cukup berkualiti. Bukan senang nak dapatkan lawan lebih kuat dalam aksi persahabat­an kelas 1.

“Kebetulan kita dapat peluang untuk bertemu Tajikistan dan kita ambil peluang itu. Saya selalu ingatkan pemain apabila bertemu lawan lebih kuat, kita perlu gunakan ia bagi dapatkan keyakinan dan belajar sesuatu dari segi teknikal atau taktikal serta belajar mengenai intensiti tinggi yang bakal diperagaka­n lawan.

“Saya ada lihat video rakaman tiga aksi mereka (Tajikistan) dalam kelayakan Piala Dunia dan jelas mereka mempersemb­ahkan aksi berintensi­ti tinggi.

“Sudah tentu pemain dapat belajar dan saya harap kita raih pengalaman. Kita kena main sebagai satu unit dan melakukan serangan juga sebagai satu pasukan,” katanya ketika sidang media praperlawa­nan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Tajikistan berada di ranking 116

dunia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia