Harian Metro

SKUAD PALING MANTAP!

Gandingan pemain tengah tersohor buat Nor Azam optimis skuad negara mampu cabar Tajikistan

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@hme-

Jeneral Harimau Malaya, Nor Azam Azih menganggap pemain yang dibawa jurulatih, Tan Cheng Hoe pada kem latihan pusat kali ini adalah yang terbaik pernah dimiliki pasukan.

Pemain Pahang berusia 24 tahun itu berkata, dengan himpunan pemain tengah tersohor dari pelbagai pasukan, dia yakin skuad negara mampu memberi cabaran apabila berdepan Tajikistan dalam aksi persahabat­an antarabang­sa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Malah, ia juga sebagai persediaan sempurna sebelum barisan skuad kendalian Tan Cheng Hoe meneruskan misi wajib menang ke atas Thailand dan Indonesia pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di venue sama, Khamis depan dan 19 November nanti.

“Saya rasa sekarang bahagian tengah sangat

‘ Saya rasa kelompok pemain kali ini adalah pilihan terbaik. Saya harap permainan akan lebih meningkat terutama apabila kita lawan Thailand nanti” Nor Azam Azih

baik sebab ada pemain baharu dan lama seperti Baddrol Bakhtiar, Brendan Gan dan Afiq Fazail.

“Saya rasa kelompok pemain kali ini adalah pilihan terbaik. Saya harap permainan akan lebih meningkat terutama apabila kita lawan Thailand nanti,” katanya pada sidang media praperlawa­nan, semalam.

Azam yang disisihkan ketika skuad negara tewas 0-1 di tangan Vietnam di Hanoi ekoran kecederaan buku lali, kembali disenaraik­an Cheng Hoe.

Ketiadaann­ya ketika tumbang kepada skuad Naga

Emas amat dirasai apabila bahagian tengah negara gagal berfungsi dengan baik sekali gus dikuasai sepenuhnya pemain Vietnam.

Sudah tentu sentuhanny­a kembali ditagih seperti mana aksi cemerlang yang ditonjolka­n pemain kelahiran Maran, Pahang itu apabila membantu pasukan mengejutka­n Indonesia 3-2 pada aksi pertama di Stadium Gelora Bung Karno selain hampir mengejutka­n Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum tewas 1-2.

“Saya harap perlawanan malam esok (malam ini), kita menang selain menambah keserasian pasukan supaya tampil lebih bersedia untuk kelayakan Piala Dunia,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Nor Azam, Cheng Hoe, Toshev dan ketua pasukan Tajikistan, Nazarov Akhtam pada sidang media menjelang perlawanan persahabat­an antarabang­sa Malaysia menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
DARI kiri, Nor Azam, Cheng Hoe, Toshev dan ketua pasukan Tajikistan, Nazarov Akhtam pada sidang media menjelang perlawanan persahabat­an antarabang­sa Malaysia menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia