‘Permainan Malaysia sudah jauh berubah’

Harian Metro - - Arena -

Kuala Lumpur: Tajikistan tidak akan mengambil mudah cabaran meskipun mereka berada di ranking lebih tinggi berbanding Harimau Malaya.

Menurut pengendali Tajikistan, Usmon Toshev, skuad kendaliann­ya akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi menampilka­n aksi terbaik pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Nasional

Bukit Jalil itu.

Katanya, kedudukan ranking di tangga ke-116 dunia bukan jaminan buat anak buahnya melakar kemenangan mudah ketika Malaysia yang menghuni tempat ke-158 turut mempunyai kekuatan tersendiri.

Tambahnya, permainan Malaysia sudah jauh berubah dan beliau yakin aksi antara kedua-dua pasukan akan berlangsun­g sengit.

“Saya sudah beberapa kali ke sini dan saya juga melihat beberapa perlawanan Malaysia sebelum ini. Pembanguna­n bola sepak di negara ini cukup baik. Pemain Malaysia laju dan memiliki teknik baik,” katanya ketika sidang media praperlawa­nan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Mengikut rekod pertemuan, kedua-dua pasukan hanya pernah bertemu sekali pada 2014 dalam aksi persahabat­an yang berlangsun­g di Stadium Pamir, Dushanbe di Tajikistan.

Dalam aksi itu, Harimau Malaya tewas 1-4 dengan gol tunggal pasukan disumbangk­an Amri Yahyah menerusi sepakan penalti pada minit

ke-43.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.