Harian Metro

6 warga Vietnam ditahan ceroboh perairan

-

Sandakan: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan enam warga Vietnam kerana disyaki menceroboh dan merompak hasil laut negara berhampira­n perairan Kinabatang­an, di sini.

Bukan saja menceroboh, nelayan asing itu juga menggunaka­n peralatan diharamkan menangkap balat.

Dalam kejadian Selasa lalu, Kapal Maritim Kota Belud mengesan sebuah bot dalam keadaan bergelap dan bergerak laju ketika cuba dihampiri, kira-kira jam 10 malam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Mohd Khairulanu­ar Abd Majid menyataka, pasukan keselamata­n terpaksa mengejar bot asing terbabit hampir sejam sebelum berjaya ditahan di kedudukan 15.5 batu nautika Timur Laut Kuala Kinabatang­an Besar.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua enam awak-awak termasuk tekong warga Vietnam berumur di antara 27 hingga 44 tahun disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dan dokumen perjalanan yang sah.

“Bot itu disyaki menceroboh perairan Malaysia tanpa kebenaran untuk melakukan aktiviti menangkap balat secara haram dengan menggunaka­n peralatan besi direka khas yang ditarik sehingga sampai ke dasar laut menyebabka­n kerosakan ekosistem terutamany­a terumbu karang,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Menurut Khairulanu­ar, ia kes keempat bot nelayan asing Vietnam yang mensasarka­n tangkapan balat ditahan sepanjang tahun ini oleh Zon Maritim Sandakan.

Bot, peralatan dan hasil balat seberat satu tan dengan nilai keseluruha­n rampasan dianggarka­n sebanyak RM 285,000 diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta perikanan 1985.

 ??  ?? ANTARA balat yang ditangkap nelayan Vietnam dirampas Maritim Malaysia.
ANTARA balat yang ditangkap nelayan Vietnam dirampas Maritim Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia