Harian Metro

AJAL REMPUH KERETA

Lelaki maut, isteri parah motosikal terbabit kemalangan

- Oleh Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas merempuh kereta Perodua Alza di Jalan Politeknik, berhampira­n stesen minyak KKIP di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, penunggang motosikal, Abas Mardasir, 27, dilaporkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS).

Manakala pembonceng motosikal yang juga isteri kepada mangsa, Rafida Abdullah, 24, yang mengalami kecederaan di kepala dan patah tangan masih menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Alza dipandu seorang lelaki bergerak dari arah stesen minyak KKIP menuju ke Politeknik Kota Kinabalu.

Bagaimanap­un katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha yang ditunggang mangsa dipercayai terlanggar bahagian kanan Perodua Alza yang keluar simpang jalan berkenaan.

“Akibat kejadian itu, penunggang yang parah dikejarkan ke HWKKS untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia jam 3.10 petang.

“Manakala, isteri mangsa turut parah patah tangan dan kepala masih dirawat di HQE I,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Habibi berkata, pemandu dan penumpang Perodua Alza berusia 62 dan 55 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Katanya, siasatan lanjut kes berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

“Motosikal mangsa terlanggar bahagian kanan kereta keluar simpang

Habibi Majinji

 ??  ?? LELAKI maut manakala isterinya parah selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh kereta.
LELAKI maut manakala isterinya parah selepas motosikal yang ditunggang mereka merempuh kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia