Harian Metro

Sarawak serius tangani pembakaran terbuka

-

Petra Jaya: Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak membuka sembilan kertas siasatan terhadap individu dan syarikat yang didapati melakukan pembakaran terbuka sehingga mencetus jerebu di negeri ini, tahun ini.

Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli, Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah itu diambil untuk tindakan pendakwaan di mahkamah.

Beliau berkata, NREB turut mengeluark­an kompaun berjumlah RM7,002 terhadap tujuh individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka tahun ini.

“Selain NREB, tindakan turut diambil Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap mereka yang didapati melakukan pembakaran terbuka.

“JAS mengeluark­an 10 kompaun berjumlah RM20,000 dan membuka satu kertas siasatan untuk tindakan pendakwaan tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk

Tiong Thai King (PSB-Dudong) pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (Dun), semalam.

Len Talif berkata, kerajaan negeri serius menangani isu alam sekitar khususnya kegiatan pembakaran terbuka yang menyumbang keadaan berjerebu setiap tahun.

Justeru, Rang Undang-Undang (RUU) Sumber Asli dan Alam Sekitar (Pindaan) 2019, yang diluluskan Selasa lalu meningkatk­an lagi jumlah kompaun kepada RM100,000.

“Bagi meningkatk­an keupayaan mengesan kualiti udara, kerajaan negeri juga menubuhkan empat stesen pemantauan kualiti udara baharu di Sarawak iaitu di Lawas, Lubok Antu, Tebedu dan Lundu,” katanya.

Mengulas fenomena jerebu yang melanda Sarawak September lalu, Len Talif berkata, ia disebabkan dua punca iaitu jerebu rentas sempadan dari Kalimantan di Indonesia dan kebakaran hutan di negeri ini.

“Bagi jerebu rentas sempadan, negara Asean sudah menubuhkan Jawatankua­sa Pemandu Kementeria­n Sub-Wilayah (MSC) mengenai jerebu rentas sempadan untuk merangka tindakan bagi menangani masalah itu.

“Jawatankua­sa itu yang dianggotai oleh menteri alam sekitar negara Asean yang bermesyuar­at sekurang-kurangnya sekali setahun,” katanya.

 ??  ?? LEN Talif
LEN Talif

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia