Harian Metro

PULIHARA SPESIES HAMPIR PUPUS

6 jenis ikan baharu dilindungi

- Oleh Poliana Ronnie Sidom poliana@bh.com.my

Enam spesies baharu ikan yu dan pari disenaraik­an sebagai spesies dilindungi, bermula tahun ini.

Spesies itu adalah yu sirip putih besar atau nama saintifikn­ya, Carcharhin­us longimanus; yu tukul (Sphyrna zygaena); yu tukul parang (Sphyrna mokarran); yu tukul palang (Eusphyra blochii) dan 2 spesies pari iaitu pari tanduk (Mobula birostris dan Mobula alfredi.

Penambahan itu menjadikan ada 36 spesies hidupan marin terancam yang dikawal mengikut akta Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam) 1999, Akta Perikanan 1985 agar tidak mengalami kepupusan.

Kesalahan memancing, mengganggu, mengusik, menangkap, membunuh, mengambil, memiliki, menjual, membeli, mengekspor­t atau mengangkut spesies ikan dilindungi boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Penolong Pengarah Pengurusan Sumber Marin, Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Sabah, Lawrence Kissol menyatakan, sebelum jabatan itu melaksanak­an penguatkua­saan, adalah penting masyarakat terutama nelayan, penjual dan pengguna mengetahui spesies dilindungi.

“Antara usaha kita laksanakan adalah berjumpa dengan masyarakat menerusi program sosialisas­i di 17 daerah untuk beri mereka pemahaman berkenaan penyenarai­an dengan harapan spesies ini tidak diganggu untuk dapatkan keuntungan.

“Menerusi program ini, kita tampal poster bersesuaia­n untuk dipaparkan di tempat strategik seperti pasar ikan,” katanya kepada pemberita pada Program Sosialisas­i di Pasar Umum Sandakan, di sini, semalam.

 ??  ?? LAWRENCE memberi penerangan kepada penjual ikan mengenai spesies ikan dilindungi di Pasar Umum Sandakan.
LAWRENCE memberi penerangan kepada penjual ikan mengenai spesies ikan dilindungi di Pasar Umum Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia