Beras RM1.3 juta dirampas

Harian Metro - - Lokal -

Penjaga premis turut ditahan bagi membantu siasatan”

Miri: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas 352.85 tan beras seludup bernilai lebih RM1.3 juta dalam serbuan di sebuah gudang di Taman Perindustr­ian Piasau, di sini, Rabu lalu.

Pegawai Memerintah Batalion 12 Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri, Superinten­dan Tan Hiap Seng berkata, operasi kira-kira jam 2 petang itu adalah hasil intipan selama dua minggu oleh sepasukan anggota dari Unit Risik PGA Miri.

“Pemeriksaa­n di dalam gudang itu menjumpai 7,057 guni beras dengan setiap guni seberat 50 kilogram.

“Ketika serbuan, seorang lelaki berusia 31 tahun dipercayai penjaga premis

Tan Hiap Seng

turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Tan berkata, siasatan juga mendapati beras itu dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran sekitar Miri.

“Berdasarka­n siasatan, gudang terbabit sudah diserbu buat kali ketiga. Kali terakhir adalah pada 1 Disember tahun lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.