3 remaja ditahan curi tabung masjid

Harian Metro - - Lokal -

Sarikei: Tiga remaja lelaki ditahan selepas didapati mencuri wang tabung masjid di Kampung Seberang di sini, Rabu lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia 14 hingga 16 tahun itu diberkas selepas lima hari melakukan perbuatan terbabit.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Superinten­dan Awang Arfian Awang Bujang berkata, suspek berjaya dikesan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum ketiga-tiganya ditahan.

“Tindakan mereka dirakam CCTV dan didapati suspek masuk ke dalam masjid dengan membuka tingkap di bahagian atas.

“Apabila berjaya memasuki masjid, suspek terus memotong mangga kunci tabung yang diletakkan di tepi pintu masuk,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Awang Arfian berkata, dua daripada suspek yang ditangkap masih bersekolah, manakala seorang lagi tidak bersekolah.

“Kejadian itu disedari seorang lelaki yang ingin menunaikan solat pada jam 3.45 pagi sebelum melaporkan­nya kepada polis.

“Duit tabung berjumlah RM600 didapati hilang. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.