Sambung misi kesan Augustine

Harian Metro - - Lokal -

Tatau: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan berdekatan Rumah Panjang Ninggat, Sungai Jelai diteruskan di hari yang kelima semalam.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superinten­dan Dennis Bunyam ketika dihubungi NSTP mengesahka­n, operasi mencari Augustine Mesir, 32, dijalankan seramai 18 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Bonny Sera.

“Pencarian diperluask­an dalam radius lima kilometer dari lokasi terakhir mangsa dipercayai hilang,” katanya.

Operasi pencarian turut disertai tiga pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk tiga pegawai Agensi Pertahanan

Awam (APM) dan penduduk rumah panjang.

Menurutnya, pencarian semalam ditumpukan di kawasan kebun dan hutan sekitar rumah panjang yang mana kawasan pencarian dijangka akan diperluask­an lagi esok sehingga mangsa ditemui.

“Setakat jam 3 petang tadi, belum terdapat sebarang petanda atau petunjuk bahawa mangsa akan ditemui,” katanya.

Pada Isnin lalu, keluarga mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Tatau bagi mencari anak mereka yang sudah empat hari tidak pulang ke rumah.

Susulan itu, pasukan bomba telah memulakan usaha pencarian pencarian mangsa bermula Isnin hingga hari ini yang masuk hari kelima.

SEBAHAGIAN pasukan mencari dan menyelamat mengesan Augustine yang dilaporkan hilang di Sungai Jelai, Tatau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.