Bayi lemas jatuh dari celah dinding rumah

Harian Metro - - Lokal -

Labuan: Seorang bayi perempuan berusia 20 bulan ditemui lemas selepas terjatuh dari rumahnya di perkampung­an atas air di Kampung Sebor Baru, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 malam, mangsa, Nor Saidah Abdul Said dipercayai terjatuh melalui celah dinding rumahnya yang rosak.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superinten­dan Muhamad Farid Ahmad berkata, laporan polis berhubung kejadian diterima daripada Unit Kecemasan Hospital Nukleus Labuan jam 12.02 tengah malam.

“Polis dimaklumka­n bayi terbabit disahkan meninggal dunia dipercayai akibat lemas oleh pegawai perubatan.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati bayi itu dipercayai terjatuh ke bawah melalui celah dinding papan rumah diperbuat daripada papan lapis di bilik tidur.

“Keadaan rumah berkenaan juga sudah uzur dan dindingnya mudah ditolak kerana sudah tidak berpaku,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Katanya lagi, punca kematian secara tidak rasmi bayi itu dipercayai akibat lemas iaitu paru-paru bayi dimasuki air dan mengganggu sistem pernafasan­nya.

MANGSA terjatuh melalui celah dinding rumah yang rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.