Harian Metro

SOROK 5,000 LITER MINYAK

Pemilik kedai runcit dipercayai dalang seludup barang kawalan dicekup

- Oleh Abdul Rahemang Taiming cnews@nstp.com.my

Lebih 5,000 liter minyak petrol dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) menerusi Ops Pensura Khas dijalankan di Kampung Kuala Bibang, dekat sini, petang Rabu lalu.

Operasi khas lebih enam jam bermula jam 6.40 petang dilakukan susulan maklumat Unit Risikan Marin (URM) bersama Bahagian Risikan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) diketuai Inspektor Wan Azizan Wan Sapian menyerbu tiga lokasi berasingan di kampung terbabit dipercayai menjadi lokasi penyeludup­an barang kawalan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berumur 47 tahun disyaki suspek dan dalang utama aktiviti penyeludup­an di kampung berkenaan.

Pemeriksaa­n di kedai runcit suspek turut menemui stor dalam keadaan berkunci dipercayai dijadikan tempat penyimpana­n minyak petrol bersubsidi.

“Pemeriksaa­n lanjut dalam stor berkenaan menemui 3,400 liter minyak petrol di dalam 136 jerikin dengan setiap satu mengandung­i 25 liter minyak petrol.

“Suspek yang mengaku sebagai pemilik semua barang kawalan terbabit gagal mengemukak­an dokumen kelulusan atau permit yang sah daripada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya.

Jelasnya, dalam serbuan itu juga pihaknya turut merampas 800 liter minyak petrol disimpan di dalam sebuah perahu dipercaya menunggu masa untuk diseludup ke negara jiran.

Bagaimanap­un katanya, tiada individu atau pihak yang tampil atau mengaku sebagai pemilik bot atau minyak petrol terbabit.

“Sepanjang operasi ini, selain minyak petrol, enam perahu pelbagai saiz bersama 10 unit enjin sangkut turut dirampas dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n berjumlah RM187,736.

“Semua barang rampasan itu, dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA PPM bersama suspek yang ditahan dan tong minyak yang dirampas.
ANGGOTA PPM bersama suspek yang ditahan dan tong minyak yang dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia