19 mangsa bah dipindah ke PPS Selagon

Harian Metro - - Lokal -

Seramai 19 penduduk dipindahka­n ke PPS Selagon sejak jam 12 tengah hari tadi”

Membakut: Seramai 19 penduduk membabitka­n lapan keluarga di Membakut dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon, tengah hari semalam.

Operasi memindahka­n mangsa banjir dilakukan berikutan paras air Sungai Membakut meningkat ke paras bahaya iaitu 7.25 meter setakat jam 3 petang ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Beaufort, Leftenan Mayroof Koibil berkata, mangsa dipindahka­n membabitka­n penduduk dari Kampung Baitam, Kampung Jambatan Baru dan Kampung Baru.

“Seramai 19 penduduk dipindahka­n ke PPS Selagon

Mayroof

sejak jam 12 tengah hari tadi berikutan air mulai naik di kawasan rumah penduduk terbabit.

“Selain itu, 11 kampung dikenal pasti terjejas iaitu Kampung Bambangan, Kampung Sinoko, Kampung Sindok, Kampung Lumantak, Kampung Baitam Laut dan Kampung Baitam Ulu.

“Turut terjejas Kampung Jambatan Baru, Kampung Kayai dan Kampung Papas, Kampung Baitam dan Kampung Baru,” katanya.

Katanya lagi, pihaknya akan terus memantau dan memindahka­n penduduk yang terjejas akibat banjir.

Terdahulu, semalam seramai 20 penduduk membabitka­n empat keluarga dari Kampung Bambangan dipindahka­n sementara ke Sekolah Kebangsaan (SK) Bambangan.

Bagaimanap­un, selepas hampir lima jam di pusat pemindahan, semua mangsa dihantar pulang semula ke rumah masing-masing berikutan keadaan banjir mulai surut jam 2 pagi.

ANGGOTA APM memindahka­n mangsa yang terjejas akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.