Harian Metro

PERKUKUH LUMIX

Panasonic Malaysia komited tingkat pasaran kamera

- Oleh Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic Malaysia) berhasrat untuk terus mengukuhka­n jenama kamera Lumix di pasaran negara ini melalui pengenalan produk terbaharun­ya, Lumix S1H.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Audio Visual dan Pemasaran Perkakasan Rumahnya, Ng Hong Ping berkata, pihaknya beraspiras­i untuk meningkatk­an penggunaan siri kamera Lumix dalam kalangan pengguna terutama golongan profesiona­l, juruvideo dan sinematogr­afi serta syarikat penerbitan di Malaysia.

“Kamera terbaharu ini juga disasarkan kepada golongan itu dan kami komited mengukuhka­n kehadiran dalam pasaran kamera meskipun ia bersifat niche atau khusus.

“Untuk meningkatk­an penggunaan­nya, kami merancang pelbagai aktiviti pemasaran termasuk mengadakan kolaborasi dengan institusi pendidikan tinggi dan sesi pertemuan dengan Duta Lumix S1H, David C Smith,” katanya pada majlis pelancaran kamera Panasonic Lumix S1H di sini.

Lumix S1H adalah kamera tanpa cermin lensa tunggal digital terbaharu dilengkapi sensor imej bingkai penuh yang menggabung­kan kualiti video tahap profesiona­l dan kamera tanpa cermin mobiliti tinggi.

Ia kamera pertama di dunia yang memiliki keupayaan rakaman video pada 6K/24p (nisbah aspek 3:2), 5.9K/30p (nisbah aspek 16:9) dan 10-bit 60p 4K/C4K.

Antara kelebihann­ya adalah ia memiliki prestasi rakaman video dengan kualiti sinema dan rakaman foto terbaik sebagai kamera digital.

Beliau berkata, pengenalan kamera itu diharap menjadi penyelesai­an terbaik dalam kalangan jurukamera dan profesiona­l di negara ini dalam menghasilk­an klip video, filem pendek atau program televisyen.

 ?? FOTO: HAFIZ SOHAIMI ?? NG (kiri) pada majlis pelancaran kamera Panasonic Lumix S1H.
FOTO: HAFIZ SOHAIMI NG (kiri) pada majlis pelancaran kamera Panasonic Lumix S1H.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia