Jonathan sumbang perak

Harian Metro - - Arena - Oleh Iskandar Shah Mohamed [email protected]

Kuala Lumpur: Jaguh lompat jauh paralimpik kebangsaan, Jonathan Wong membuka tirai Kejohanan Olahraga Para Dunia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan cemerlang apabila meraih pingat perak buat kem negara, awal pagi semalam. Pada acara lompat jauh kategori T12 (masalah

penglihata­n) di

Dubai itu, atlet kelahiran Sabah berusia 28 tahun berkenaan mencatat lompatan sejauh 7.06 meter (m).

Jonathan menyempurn­akan enam lompatan untuk memperoleh catatan terbaiknya, sekali gus menewaskan atlet Azerbaijan, Kamil Aliyev yang meraih gangsa (7m).

Pingat emas dimenangi Doniyor Saliev dari Uzbekistan yang mencatat rekod baharu kejohanan dengan lompatan sejauh 7.44m, kurang 0.03 meter daripada rekod dunia iaitu 7.47m.

Untuk rekod, Jonathan meraih emas di Kejohanan Olahraga Paralimpik Grand Prix (GP) Terbuka

Dunia Handisport

di Perancis, Ogos lalu dengan

lompatan sejauh 7.03m.

Catatan peribadi terbaik atlet itu adalah 7.22m yang direkodkan di Terbuka China, Mei tahun lalu.

Kejohanan Para Dunia sehingga 15 November ini menjadi platform terbaik buat atlet paralimpik negara untuk merebut peluang layak ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Selain Jonathan, cabaran negara digalas lapan atlet lain antaranya Ziyad Zolkefli (Lontar Peluru F20), Mohamad Ridzuan Mohamad Pudzi (100m T36) dan Abdul Latif Romly (Lompat Jauh T20).

Jonathan sempurnaka­n enam

lompatan untuk memperoleh catatan terbaik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.