Harian Metro

UiTM FC perlu elak jadi skuad belasahan

-

‘ Sudah pasti kami perlu bersiap sedia selain memerlukan pengorbana­n besar membabitka­n kos dan juga latihan yang lebih sistematik kerana pemain bakal menghadapi saingan lebih hebat”

Ismail Zakaria

Kuala Lumpur: Tugas besar bakal menanti barisan kejurulati­han dan pemain UiTM seandainya pasukan terbabit akan bersaing di Liga Super, sekali gus menuntut pelbagai perubahan menyeluruh perlu dilakukan bagi mengelak menjadi skuad belasahan.

Perkara terbabit diakui Ketua jurulatih UiTM, Ismail Zakaria apabila beliau perlu meneliti kesebelasa­n utama malah merangka strategi bagi menghadapi saingan yang lebih hebat daripada pasukan bertaraf gergasi.

Beliau berkata, setakat ini belum ada kata keputusan rasmi mengenai UiTM bakal bersaing di Liga Super namun mereka tetap bersedia seandainya ia benar-benar berlaku dan dipersetuj­ui pengurusan pasukan.

“Sudah pasti kami perlu bersiap sedia selain memerlukan pengorbana­n besar membabitka­n kos dan juga latihan yang lebih sistematik kerana pemain bakal menghadapi saingan lebih hebat. Jika kami bermain di

Liga Super, ia adalah satu kejayaan yang membuktika­n pasukan bertaraf Institut

Pengajian Tinggi (IPT) turut mampu melangkah lebih jauh.

“Malah, ia juga membuktika­n graduan berbakat dalam bola sepak boleh menggunaka­n platform sedia ada untuk meraih kejayaan dalam sukan dan juga pelajaran,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Semalam, Arena Metro melaporkan UiTM yang menghuni tangga kelima Liga Perdana bakal naik takhta dengan menjadi pasukan bertaraf universiti pertama beraksi di Liga Super, musim depan.

Menurut sumber, pada satu mesyuarat, semua pihak terbabit sudah sebulat suara memilih UiTM menggantik­an tempat PKNS untuk beraksi di Liga Super.

Mengikut kedudukan Liga Perdana, UiTM berada di tangga kelima, di belakang dua ‘feeder club’ lain iaitu Johor Darul Ta’zim ll (JDT ll) dan T-Team manakala Sabah dan PDRM pula sudah mengesahka­n tempat ke Liga Super.

Pasukan bertaraf feeder tidak layak untuk bermain bersama skuad utama.

 ??  ?? PEMAIN JDT, Diogo Luis Santo (dua dari kiri) berebut bola dengan pemain UiTM FC, Muhd Zulkhairi.
PEMAIN JDT, Diogo Luis Santo (dua dari kiri) berebut bola dengan pemain UiTM FC, Muhd Zulkhairi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia