Harian Metro

PUKULAN MAUT

PELAJAR TAHFIZ MATI DISYAKI DIPUKUL

-

Mohammad Aimin Nurul Amin, 7, dikatakan tidak mempunyai masalah peribadi dengan pelajar tahfiz lain. Justeru, kematianny­a dengan beberapa kesan lebam di badan agak memeranjat­kan dan polis sudah menahan tiga rakan pelajar, termasuk abang tiri mangsa yang berusia 13 tahun manakala pusat tahfiz di Temerloh itu pula dikesan beroperasi tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), lapor Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz.

selepas dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk menerima rawatan jam 1 tengah hari.

Siti Noor Asilah berkata, mangsa tidak pernah mengadu sama ada dia pernah dipukul rakan dan dia menyangka mangsa tiada masalah dengan tiga pelajar lain.

Menceritak­an kejadian kelmarin, katanya, dia menjenguk ke dalam bilik asrama melihat keadaan Mohammad

Aimin selepas mangsa didapati tidak menyertai rakan ke masjid menunaikan Solat Zohor.

“Ketika masuk ke bilik saya melihat Aimin terbaring di atas katil dan saya bertanya keadaannya.. Aimin berkata, dia terlalu penat dan tidak larat untuk bangun.

“Saya memegang tangan, kaki dan leher Aimin dan mendapati ianya sejuk sebelum saya serta suami membawanya ke klinik kesihatan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), di sini, semalam.

Katanya, tidak lama kemudian doktor memaklumka­n Mohammad Aimin sudah tiada dan apa yang mengejutka­n ada kesam lebam di badan.

Siti Noor Asilah berkata, Mohammad Aimin baru kembali ke asrama Ahad lalu selepas diberi cuti sejak Khamis dan pulang ke rumahnya di Kampung Charuk Puting.

“Saya tidak perasan kesan lebam pada badannya sebelum ini dan terkejut apabila doktor memaklumka­n ada beberapa kesan itu pada badan

Aimin,” katanya.

Maahad tahfiz itu diusahakan bersama suaminya, Mohd

Heesham Mat Yeh, 39, yang turut menjadi tenaga pengajar dan mula mengambil pelajar sejak awal tahun ini.

Warden dakwa bawa Aimin ke klinik selepas mendapati kaki, lehernya sejuk

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia