776 SANGKUT OMBAK TINGGI

776 penumpang feri dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas

Harian Metro - - Muka Depan - Oleh Zuliaty Zulkiffli [email protected]

Seramai 776 penumpang feri dari Kuala Kedah ke Langkawi terkandas di Terminal Feri Kuala Kedah berikutan ombak kuat setinggi tiga meter, semalam.

Pengurus Sumber Manusia & Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, jumlah itu membabitka­n dua jadual perjalanan pada jam 11.30 pagi dan 1 tengah hari.

Sebelum itu, 418 penumpang dari Kuala Kedah ke Langkawi pada jam 11.30 pagi terpaksa berpatah balik disebabkan keadaan laut bergelora.

“Bagaimanap­un, feri yang membawa 178 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa dilencongk­an ke Terminal Feri Kuala Perlis

disebabkan faktor keselamata­n.

“Disebabkan itu, kami menyediaka­n empat feri tambahan di Kuala Perlis untuk memudahkan penumpang di Kuala Kedah meneruskan perjalanan ke Langkawi hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un, perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi tidak mempunyai masalah.

Beliau berkata, penumpang yang hendak memulangka­n tiket boleh berbuat demikian di kaunter Kuala Kedah atau menukar tiket untuk perjalanan ke Kuala Perlis.

“Kami memohon maaf atas sebarang masalah kerana memikirkan keselamata­n penumpang,” katanya.

PENUMPANG feri di Kuala Kedah memulangka­n tiket disebabkan terkandas akibat ombak setinggi tiga meter menyebabka­n perjalanan mereka ke Langkawi terkandas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.