REZEKI PATIN GERGASI

KALI KEDUA IKAN 150KG DITEMUI

Harian Metro - - Muka Depan -

Kota Bharu: Penduduk kampung Binjai Jejawi, Lubok Jong dekat Pasir Mas gempar selepas seorang penduduk menemui ikan patin seberat 150 kilogram (kg) di Sungai Lubok Jong, semalam.

Ikan berkenaan yang sudah mati tersangkut pada candik atau sauk yang ditahan seorang penduduk kampung berusia 50 tahun dan ditemui pada jam 10 pagi.

Penduduk kampung, Hassan Yusoff, 63, berkata, penduduk kampung dikenali sebagai Jali terkejut melihat candik yang ditahannya malam semalam terkena ikan patin yang besar sebelum meminta bantuan penduduk lain untuk mengangkat­nya.

Katanya, penduduk terus membawa pulang ikan itu ke rumah sebelum heboh berhubung penemuan ikan itu pada jam 11 pagi.

“Ikan patin itu ditimbang terlebih dahulu sebelum diagihkan kepada penduduk kampung dan sebahagian­nya dijual.

“Ikan ini sangat besar dan memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang untuk mengangkat­nya.

“Ini adalah penemuan kedua ikan patin yang sangat besar terkena candik penduduk selepas yang pertama pada September tahun lalu membabitka­n ikan seberat 150kg,” katanya

IKAN patin yang tersangkut pada candik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.